fbpx
- Sponsor -

Windmill Upon Hills, Penginapan Mewah Bertaraf 5 Bintang Di Genting Highlands

Bagi mereka yang sedang merancang percutian bersama keluarga tercinta setelah hampir tiga tahun sektor bagi percutian tidak dibenarkan, anda perlu berkunjung ke Windmill Upon Hills yang terletak di Genting Highlands.

Jika dilihat di laman web mahupun media sosial, Windmill Upon Hills ini berada di kawasan laut yang membiru, sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda sepanjang percutian.

Ia mempunyai reka bentuk yang sangat menarik, di samping keadaan sekelilingnya yang cantik. Pastinya ia akan memberi kesan yang gempak jika anda ingin mengambil gambar percutian anda bersama keluarga.

- Sponsor-

Antara sebab utama anda wajib bermalam di sini ialah kerana anda tidak perlu risau jika anda kelaparan kerana Windmill Upon Hills ini terdapat pelbagai jenis restoran berdekatan dengan variasi hidangan yang tersedia, dari mamak sehinggalah ke makanan barat!

Anda berasa malas untuk keluar dari bilik anda? Di sini juga terdapat khidmat penghantaran makanan yang tersedia seawal pagi sehinggalah larut malam.

Anda boleh melihat pemandangan yang sangat mempersona melalui beranda bilik anda. Ia sangat menarik pada malam hari oleh kerana pelbagai cahaya yang berwarna-warni ada di sini.

Windmill Upon Hills ini terletak di kawasan yang sangat strategik oleh kerana ia juga berdekatan dengan pusat membeli belah selain daripada restoran-restoran. Anda hanya perlu mengambil masa 5 ke 10 minit sahaja untuk ke pusat bandar.

Selain itu juga, terdapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan, setanding dengan mana-mana tempat penginapan yang bertaraf lima bintang seperti kolam, sauna dan bagi kanak-kanak, taman permainan juga tersedia di sini.

Pastinya anda tidak akan menyesal untuk datang ke sini kerana ia merupakan salah satu tempat yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai apabila bercuti di Genting Highlands.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!