fbpx

Wau Tradisional Pahang Menghasilkan Bunyi Umpama Gesekan Biola

- Sponsor -

Wau pungguk adalah permainan tradisi Melayu di Negeri Pahang suatu ketika dahulu. Namun, wau ini sepertinya makin dipinggirkan maka tidak mustahil suatu hari nanti ia akan lenyap ditelan zaman.

Menurut pengerusi Persatuan Wau Sri Wangi Pekan, Mohammad Khairi Ahmad berkata, wau ini berasal dari Pahang dan bermula dari Pekan. Cerita orang dulu mengatakan wau pungguk mula dimainkan sewaktu zaman Sultan Pahang yang ketiga iaitu Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Shah.

Ketika menjelaskan bagaimana wau pungguk dihasilkan, kata beliau, tulang tengah dan busur dibuat menggunakan batang pokok nibong atau pinang. Buluh pula berperanan sebagai rangka utama wau manakala rotan akan menjadi aksesori tambahan seperti kepala dan bahagian hujung kepak yang dipanggil simba.

Sumber: Utusan.com.my
- Sponsor-

Wau tradisional Pahang ini mempunyai gandar di bahagian kepala dan ‘wajib’ mempunyai ekor yang panjang. Ia boleh menghasilkan bunyi dengung seperti gesekan biola menerusi gandar atau busur ketika diterbangkan.

Sumber: Facebook.com/WauTradisionalPahang
Sumber: Facebook.com/WauTradisionalPahang

Kata Mohammad Khairi Ahmad lagi, ciri dan reka bentuk wau akan bergantung kepada negeri mana ia berasal manakala keunikannya adalah berdasarkan warna dan seni lukisan yang dipaparkan pada muka wau.

- Sponsor -
SumberUtusan
- Sponsor -