fbpx
warungaja

100 Pilihan Lauk Untuk Makan Tengah Hari Di Warung Aja

Anda tak perlu pening ‘tak tahu nak makan apa‘ di Kuantan! Tahu tak di Kuantan ada tempat makan yang menyajikan hidang menu 100 lauk untuk untuk anda menjamu waktu tengah hari. Serius memang meriah dan sedap!

Jadi, sekiranya anda mencari tempat makan waktu tengah hari paling meriah di Kuantan, sila bookmark artikel ini.

PREMIUM

Tempat makan yang kami maksudkan ini ialah Warung Aja. Berlokasi di Bukit Setongkol, Kuantan, Warung Aja ini merupakan antara tempat makan yang wajib untuk anda singgah di Kuantan.

Kiranya, kalau ke Kuantan tapi tak singgah ke Warung Aja bermakna liburan anda ke Kuantan terasa kurang lengkap. Sebelum ini pun sudah banyak blog-blog terkemuka yang merekomendasikan Warung Aja sebagai tempat makan terbaik di Kuantan. Antaranya ialah The VocketSajiCari Destinasi dan Harian Metro.

SPONSORED

Berdasarkan rating di Google pula, Warung Aja mendapat skor setinggi 4.3/5 bintang manakala 4.5/5 skor di laman web TripAdvisor Malaysia.

Biar betul ada 100 lauk?

Jawapan: ‘betul!’. Kami sudah berapa kali ke Warung Aja, tentang hidangan 100 lauk tu bukan gimik, memang betul-betul 100 lauk (atau mungkin lebih).

Setiap lauk dihidangkan dalam kuantiti sedikit, iaitu dalam 1 tray sahaja. Dalam satu masa, pilihan lauk yang terdapat di atas meja lebih kurang 40 – 60 jenis lauk dan ia akan bersilih ganti dengan lauk lain bila habis.

SPONSORED

Erti kata lain, hidangan lauk di Warung Aja ini memang cepat habis. Kalau anda nak pelbagai pilihan panas-panas kena datang awal. Biasanya dalam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari orang sudah mula ramai. Nak banyak pilihan kena datang awal!

Tambah best, di Warung Aja bukan sahaja ada banyak pilihan lauk yang sedap, minuman pun ada banyak pilihan. Dari minuman biasa, air buah-buahan segar, kelapa muda hinggalah air batu campur yang super special.

Oh ya, walau popular sebagai tempat makan tengah hari yang meriah di Kuantan, kalau anda nak tahu Warung Aja juga beroperasi seawal 8 pagi hingga ke 5 petang setiap hari kecuali pada Sabtu dan Ahad.

Warung Aja berlokasi di Jalan Bukit Setongkol, 25200 Kuantan, Pahang. Berhadapan Masjid Bukit Setongkol atau nak lebih mudah buat sahaja carian melalui aplikasi Google map.

SPONSORED

Selain kedai makan, Warung Aja juga ada menyediakan perkhidmatan katering. Untuk maklumat lanjut anda boleh follow Warung Aja di Facebook atau hubungi 013-967-6699.

Related Posts