fbpx
kuantan bazar 2021

Warga Kuantan Kecewa Bazar Ramadan Tidak Benarkan Kanak-Kanak Di Bawah 12 Tahun

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan memasuki tapak Bazar Ramadan di Kuantan. Isu ini kini sangat hangat dibincangkan di kalangan warga tempatan, majoriti tidak bersetuju di atas peraturan tersebut.

Dalam satu perkongsian di group Warga Kuantan, rata-rata netizen merasa simpati terhadap nasib peniaga-peniaga di Bazar Ramadan Taman Kerang yang tidak mendapat sambutan pada tahun ini.

SPONSORED

Melalui gambar-gambar yang dikongsi, suasana di tapak tersebut sunyi lengang tidak seperti kebiasaannya. Apa yang menjadi pertikaian, SOP yang ditetapkan untuk tidak membenarkan kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 70 tahun ke atas adalah tidak wajar kerana ia tidak pula berlaku pada pusat membeli-belah yang lain di Kuantan.

Perkara ini sudah tentu amat menjejaskan ekonomi para peniaga. Manakala penggunjung pula merasakan tidak munasabah untuk membeli baju raya anak-anak mereka tanpa membawa mereka sendiri.

keaadan di Bazar Ramadan Taman Kerang Kuantan
keaadan di Bazar Ramadan Taman Kerang Kuantan
keaadan di Bazar Ramadan Taman Kerang Kuantan
keaadan di Bazar Ramadan Taman Kerang Kuantan
SPONSORED

Bagaimana menurut anda? Adakah peraturan tidak membenarkan kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 70 tahun ke atas memasuki tapak bazar Ramdan adalah tindakan yang wajar?

Atau jika ia wajar, perkara sama patut diaplikasikan di semua tempat membeli-belah di Kuantan tanpa sebarang pengecualian.

Kongsi pendapat anda bersama kami untuk Kuantan ke arah yang lebih baik.

Related Posts