fbpx
Masjid-Sultan-Ahmad-Shah

Wanita Mula Dibenarkan Solat Berjemaah Di Masjid Dan Surau Di Seluruh Pahang

Pahang kini telah membenarkan wanita beragama Islam menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri berkuatkuasa sejak 1 Julai 2020. Jumlah bilangan pula tidak dihadkan, namun bergantung pada kapasiti yang mampu ditampung di sesebuah masjid atau surau.

Bagi masjid atau surau yang mempunyai ruangan terhad untuk penjarakan sosial dibenarkan untuk mengguna ruang koridor, ruang legar atau dataran bagi menampung jumlah jemaah.

Selain daripada itu, fasiliti masjid dan surau seperti penghawa dingin, kipas turut juga sudah boleh digunakan namun perlu mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan.

Pihak masjid juga perlu menyediakan ruang khas dan kemudahan untuk musafir singgah bersolat termasuklah tandas dan tempat wuduk.

Untuk aktiviti ibadah korban Hari Raya Aidiladha nanti atau majlis akad nikah juga dibenarkan dilakukan di masjid dan surau.

SPONSORED

Buat masa sekarang, larangan ke masjid dan surau bagi kanak-kanak berumumr 12 tahun masih diketatkan. Sebaliknya, bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dibenarkan ke masjid dan surau namun bersyarat iaitu sihat dan tiada gejala jangkitan Koronavirus (COVID-19).

via: SHO

Related Posts