fbpx

Wanita Ini Kongsi 6 Tip Berguna Semasa Berada Di Taman Tema Genting Skyworlds

- Sponsor -

Taman Tema Genting Skyworlds yang sebelum ini tertangguh pembukaannya sejak beberapa tahun lalu termasuklah akibat impak dilanda pandemik Covid-19 bakal membuka pintu masuknya kepada umum bermula 8 Februari ini.

Sempena pembukaan taman tema yang bernilai kira-kira RM3.34 bilion itu, Genting Skyworlds telah menawarkan jualan harga tiket dengan diskaun sebanyak 20 peratus di laman web syarikatnya bermula 8 Februari hingga 31 Mac. Perkara tersebut pastinya menarik minat orang ramai hadir pada hari pembukaan.

Seorang pengguna Twitter, Arisha Rozaidee, baru-baru ini berkongsi mengenai petua beliau dapati daripada seseorang yang mendapat akses awal ke taman tema tersebut.

Kredit: Twitter @ArishaRozaidee
- Sponsor-

1. Memakai Pakaian Yang Selesa

Pakai pakaian yang selesa dan ingat beberapa permainan di sini akan membuat anda basah kuyup. Begitulah yang terjadi pada rakan sekerja beliau, menjadi sangat basah sehinggakan boleh menuang air keluar dari beg tangannya. Elakkan memakai topi kerana anda perlu menanggalkannya pada kebanyakan masa.

Kredit: Twitter @ArishaRozaidee

2. Tidak Memerlukan Loker

Anda tidak memerlukan loker kecuali semasa berada di kawasan Bootcamp kerana kebanyakan lokasi tunggangan sudah mempunyai rak yang ditetapkan untuk anda meninggalkan barangan peribadi anda. Namun begitu, jika barang tersebut berharga boleh menjadi agak berisiko.

Kredit: Twitter @ArishaRozaidee

3. Lebih Sesuai Untuk Orang Dewasa

Kebanyakan tunggangan lebih sesuai untuk orang dewasa. Mereka yang mencari keseronokan pasti menyukai taman tema kerana begitu banyak tunggangan. Untuk mereka yang takut dengan ketinggian dan tidak suka tunggangan berpusing pula, anda mungkin lebih banyak melihat sahaja.

Kredit: Twitter @ArishaRozaidee
Kredit: Twitter @ArishaRozaidee
Kredit: Twitter @ArishaRozaidee
- Sponsor -

4. Lokasi Penting

Buat mereka yang mengutamakan keseronokan, boleh ikuti persembahan Independence Day:Defieance yang menggunakan teknologi 4D. Kalau rasa nak berpusing-pusing di udara, boleh naik ESD Global Defender atau Alpha Fighter Pilots.

Lokasi yang sesuai untuk keluarga pula contohnya Rio Carnival Chaos, Epic Voyage To The Moon serta Epic Hummingbird Flyers. Jika kekurangan masa, boleh sahaja langkau Blue Sky Carousell dan Night At The Museum: Midnight Mayhem kerana permainan tersebut tidaklah begitu istimewa.

Kredit: Twitter @ArishaRozaidee

5. Pelbagai Pilihan Makanan

Terdapat banyak pilihan makanan di Taman Tema Genting Skyworlds. Antara yang disyorkan adalah salah satu set makanan dari gerai burger, ikan dan kerepek Harry Ramsden dengan harga RM35. Pada harga tersebut, anda akan mendapat makanan malah cenderahati untuk dibawa pulang.

Kredit: Twitter @ArishaRozaidee
Kredit: Twitter @ArishaRozaidee

6. Muat Turun Aplikasi SkyWorlds

Perkara paling penting, lebih baik muat turun aplikasi SkyWorlds sebelum anda pergi. Aplikasi ini dapat menempah tempat anda pada tunggangan lebih awal dan mendapatkan foto anda diambil oleh pekerja taman tema ini. Malah, barisan beratur untuk mereka yang sudah menempah dahulu disediakan lorong yang berbeza.

- Sponsor -

- Sponsor -
- Sponsor -