fbpx
featured image sizing

Wakili Malaysia Dalam Kejohanan PES 2020, Pemuda Dari Temerloh Harumkan Nama Negara

Seorang pemuda yang berasal dari Kampung Awah, Temerloh baru-baru ini telah mengharumkan nama negara dengan mewakili Malaysia dalam kejohanan Pro Evolution Soccer atau PES 2020, eFootball Open 2019-2020 World Finals

Beliau adalah Ahmad “Maul” Muazz dan bersama seorang lagi rakan Ahmad “Dragon” Yazid menjadikan mereka pemain pertama Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke kejuaraan dunia rasmi PES.

PREMIUM

Maul yang menggunakan nama “VNGLMHTS” dalam kategori PC (Steam) telah mengharumkan nama negara apabila berjaya meloloskan diri sejauh separuh akhir — sekaligus membawa pulang USD7,500 (~RM31,724).

GAMBAR: FACEBOOK I LOVE PAHANG

Maul memanjatkan kesyukuran apabila berpeluang untuk beraksi di pentas dunia. Walaupun sedikit kecewa tidak dapat menempah nama ke perlawanan akhir, beliau tetap redha dengan rezeki berjaya ke separuh akhir.

“Sangat bersyukur dapat peluang beraksi di eFootball.Open World Finals,” ujar Maul. “Memang impian untuk bersaing di World Finals. Tak sangka ianya datang dalam masa 3 tahun saya main secara kompetitif dalam PES.

SPONSORED

Diharapkan lebih ramai pelapis muda dalam bidang esukan dapat menonjolkan diri dalam perlawanan bertaraf antarbangsa ini. Kami di KUANTANLOKA mengucapkan ribuan tahniah dan selamat maju jaya!

GAMBAR: FACEBOOK MAULXGAMING

via: JomGaming

Karakter berhijab gadis dari Pahang ini curi tumpuan dalam permainan game terbaru Hyper Scape

Baca juga: Karater Wanita Berhijab Dari Pahang Tampil Dalam Game ‘Hyper Scape’

Related Posts