fbpx

Villaku Residence, Penginapan Mewah Pada Harga Berpatutan Terbaik Di Kuantan


Sejak berlangsung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, keadaan menghadkan kita. Tiada aktiviti sosial dan segala percutian yang dirancang sudah tentu tergendala.

Berkemungkinan anda sudah ‘terperangkap’ terlalu lama, ada baiknya sesekali keluar ambil angin atau pergi bercuti bersama keluarga. Segarkan semula fikiran, berehat dan belanjakan waktu kepada diri sendiri.

Oleh demikian, sekiranya anda tercari-cari tempat percutian dimusim PKP ini, Villaku Residence yang terletak di Balok, Kuantan ini mungkin satu pilihan yang ideal.

Ini view yang anda akan dapat, fresh dan menenangkan!

Villaku Residence bukan sekadar penginapan, ia adalah sebuah penginapan sempurna tampil dengan rekaan yang cantik, lengkap dengan kemudahan dan bakal menghadiahkan anda permandangan indah dan menakjubkan.

Persekitaranya damai, jarak ke pantai hanya beberapa langkah saja dari bilik. Villaku Residence menawarkan penginapan gaya mewah yang privasi pada harga berpatutan. Semasa ke sini, ia membuatkan kami terasa seperti menjadi seorang Pablo Escobar!

Villaku Residence menempatkan enam bilik tidur dilengkapi bilik air, dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak, peti sejuk, kolam renang peribadi (private salt water pool), tv dan dvd player, pool table, futsball table termasuk kemudahan BBQ disediakan.

Villaku Residence mampu memuatkan maksima sehingga 24 orang. Buat anda yang mahu bercuti bersama keluarga besar, ia amat-amatlah berbaloi. Ruang besar dan selesa, menjaga privasi serta lengkap dengan semua kemudahan.


Oh ya, Villaku Residence turut menyediakan beberapa unit basikal untuk anda berkayuh disekitar pantai dan boleh digunakan secara percuma.

Secara keseluruhan, bagi kami Villaku Residence ini salah satu penginapan terbaik di Kuantan tak kalah seperti penginapan yang ada di luar negara.

Menghabiskan seharian waktu di sini tidak akan membosankan, boleh mandi pantai atau terjun tiruk ke dalam kolam, kayuh basikal, bermain pool atau tonton movie kegemaran! Sebelah malam pula bolehlah ber-BBQ tepi pantai. Cool gila!.

Villaku Residence berlokasi di Lot 28195, Jalan Kampung Sungai Karang, Kampung Pantai Balok, 26080 Balok, Pahang dan mendapat rating setinggi 4.7/5 bintang di Google. Harga penginapan di sini mula ditawarkan dari RM2,500 sehingga RM7,000.


Harga 3 hari 2 malam
RM7,000 – Weekend & Public Holidays
RM4,000 – Weekdays
RM5,000 – School Holidays (Weekdays)

Harga 2 hari 1 malam
RM2,500 – Off Peak Weekdays

Berita baik untuk pembaca KUANTANLOKA! Sepanjang PKP anda layak mendapatkan harga lebih jimat untuk penginapan di Villaku Residence. Khas untuk pembaca KUANTANLOKA sahaja.

Untuk menempah, sila klik di sini! atau hubungi 0145175046

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin