fbpx
- Sponsor -

Villa Berkaca Di Janda Baik Ini Sesuai Untuk Anda Yang Sukakan Kelainan

Jika anda sedang merancang hari keluarga bersama keluarga besar anda, ataupun anda daripada sebuah syarikat dan ingin mengadakan sebuah percutian bagi meraikan staf anda, Villa Nadiah yang terletak di Janda Baik ini merupakan sebuah tempat yang tepat untuk anda!

Villa ini mampu memuatkan seramai 25 orang dalam satu masa dan ia mempunyai lapan buah bilik yang tersedia.

Ia merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk percutian anda oleh kerana ia mempunyai dekorasi yang sangat elegan dan amat menepati konsep zaman kini kerana rekaannya diperbuat daripada kaca dan kawasannya sangatlah luas.

- Sponsor-

Selain daripada itu, lokasi ini juga dapat menyegarkan minda sekaligus memberi ketenangan kepada emosi dan fikiran oleh kerana ia terletak ditengah-tengah alam semula jadi.

Villa Nadiah juga menyediakan kemudahan seperti dapur, internet, tempat letak kereta dan juga televisyen. Bagi mereka yang ingin menginap dalam jangka masa yang lama, anda tidak perlu membawa satu almari kerana di sini juga terdapat mesin basuh untuk anda membersihkan pakaian harian.

Harga yang ditawarkan bagi keseluruhan akses kepada Villa Nadiah ini hanyalah RM 5,000 semalam, maka anda boleh mula untuk membuat pembentangan bagi pengiraan perbelanjaan bagi setiap orang.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!