Bulan ini kami tak reviu lagi makanan yang ada di Kuantan untuk santapan anda. Jadi, sebelum masuk bulan Disember elok kami kongsi satu lagi tempat makan yang sedap dan berbaloi untuk anda cuba.
Tak pasti warga kota Kuantan yang tinggal di sekitar Balok, Jaya Gading, Indera Sempurna dan Indera Mahkota perasan atau tak gerai Ustaz Nasi Arab ini.
Namun sebelum kami kongsi tentang nasi arab, seperti biasa kami di Kuantanloka sendiri akan mencadangkan yang terbaik lebih lagi ia adalah jenama lokal Pahang yang mempunyai keunikan sendiri.
Dan Ustaz Nasi Arab ini adalah salah satu jenama lokal Pahang dengan hidangan terbaik untuk anda.

Ada beberapa perkara tentang Ustaz Nasi Arab buat suka kemudian terus jatuh cinta.
Pertama sekali ialah konsep yang dibawakan oleh Ustaz Nasi Arab iaitu ‘grab&go’. Betul, memang mudah. Untuk pengetahuan anda, Ustaz Nasi Arab ada empat cawangan di Kuantan.
Berlokasi di Indera Mahkota, Jaya Gading, Indera Sempurna dan Balok. Secara tak langsung sangat mudah untuk dapatkan di sekitar Kuantan.
2. Grab&Go: Tak perlu tunggu lama, datang saja dan buat pesanan. Nasi Arab terus siap di pek. Sesuai untuk yang nak bungkus bawa balik rumah, makan di pejabat atau kepada yang tak ada masa nak masak.
3. Lagi best sebab pesanan boleh dibuat lebih awal melalui whatsapp menerusi laman web ustaznasiarab.com. Boleh pesan dulu ambil kemudian atau penghantaran terus ke rumah.
Caj penghantaran yang dikenakan ke sekitar Kuantan pula cuma RM3.00. Memang murah dan sistematik. Kan senang kalau pesan dulu, taklah datang-datang nasi habis!
4. Portion banyak! Ini agak subjektif. Tapi kalau dikira mengikut selera perut orang Malaysia yang normal, portion Ustaz Nasi Arab ni agak banyak. Boleh makan dua orang.
Ada dua menu, ayam atau daging kambing. Untuk menu Nasi Arab Mandy Ayam, 1 pek hidangan adalah 1/4 bahagian ayam, nasi beras basmathi premium, ulam, selatoh acar dan sambal belacan.
Nasi Arab Mandy kambing pun sama seperti hidangan pek nasi arab ayam, cumanya diganti dengan 2 keping daging berserta sos lada hitam.



5. Citarasa Malaysia. Walauapun bab rasa ni benda yang subjektif, tapi pada kami rasa Ustaz Nasi Arab ini memang citarasa orang Malaysia. Mudah kata menepati selera tekak orang Malaysia.
Anda yang suka travel mesti faham maksud ni. Sesedap mana pun makanan negara orang, pasti kita ada satu rasa yang tak sama macam citarasa kita orang Malaysia.
Teringat saya semasa travel dahulu. Saya pernah makan capati dan kuah kari di India, makan mi tarik di China. Walaupun sedap, dalam hati mesti terdetik secara langsung yang ‘versi Malaysia punya lagi sedap’! Hahaha.
Orang Arab ni memang akan makan dalam portion yang banyak, tapi makanan mereka selalunya rasa aroma rempah dalam masakan agak kuat. Kami suka Ustaz Nasi Arab. Rasa nasi arabnya memang rasa Malaysia sungguh.
Masih nasi arab, ada ayam berempah yang dibakar, beras basmathi serta sup. Tapi rasa Ustaz Nasi Arab ini ‘ngam’. Kena tekak orang Melayu, Cina, India dan semua bangsa Malaysia.
Tagline ‘Bunyi Arab, Citarasa Malaysia’ memang wajar dan tepatlah. Tambah pula dimakan bersama sambal belacan, Fuh!
Nak komen lebih-lebih kami rasa anda patut cuba sendiri dan kongsi pendapat anda dengan kami nanti.


6. Pek bungkusan yang praktikal dan bagus. Perkara akhir yang kami suka selain itu ialah cara pembukusan Ustaz Nasi Arab. Bungkusan sangat kemas, mudah dibawa, selamat dan praktikal.
Meterial yang digunakan jenis mesra gelombang micro. Alah, bahasa mudahnya boleh masuk microwave. Bolehlah panaskan semula.
Secara kelseluruhan, kami di Kuantanloka sangat puas hati dengan menu hidangan Ustaz Nasi Arab. Sedap dan berbaloi. Kami beri 8/10 biji loka.
Sebelum anda tanya antara nasi arab ayam atau kambing yang mana sedap untuk pertama kali nak cuba, biar kami jawab awal-awal.
Ayam atau kambing keduanya sedap. Bergantung pada anda. Suka ayam atau kambing? Untuk jawapan kami pula, memang kami cadangkan untuk cuba nasi arab kambing.
Sumpah kambing Ustaz Nasi Arab ni memang sedap. Kesedapan daging kambing yang juciy, lembut yang dilimpahi sos lada hitam cukup menyelerakan. Punyalah sedap, makan nasi dengan daging kambing pun dah enak hinggakan kami terlupa ada sup, acar dan belacan!
Haha.
Untuk yang nak cuba, anda boleh terjah 4 lokasi Ustaz Nasi Arab di Kuantan. Kalau pesan nasi arab kambing jangan lupa ada sup, acar dan belacan sekali ya.
Maklumat lanjut untuk membuat pesanan atau tempahan boleh layari lihat di pautan ini atau whatsapp ke 010-281-2234.
Lokasi: Indera Mahkota, Indera Sempurna, Jaya Gading, Balok
No Tell: 010-281-2234
Facebook: Ustaz Nasi Arab
Instagram: Ustaz Nasi Arab
Laman web: www.ustaznasiarab.com