fbpx
starbuck teluk cempedak

Unik, Rekaan Berkaca Starbucks Kuantan Hasil Sentuhan Arkitek Lokal

Beberapa minggu lepas, tular mengenai rekaan Starbucks di Teluk Cempedak Kuantan. Memang lawa, dengan rekaan dinding berkaca berlokasi pula betul-betul tepi pantai Teluk Cempedak pasti berikan anda feels mengopi yang sungguh rileks.

Ramai pengguna internet yang teruja dengan reka bentuk Starbucks Teluk Cempedak di Kuantan ini. Memang benar, rekaan seni bina yang menawan ini cantiknya setanding yang ada di luar negera.

Namun buat pengetahuan anda, bangunan dinding berkaca ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ia sebenarnya telah wujud sejak tahun 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2012.

GAMBAR: INSTAGRAM @minn_huii

Tampil unik berdindingkan rekaan berkaca, anda mungkin tak percaya reka bentuk bangunan Starbucks tercantik di Malaysia ini sebenarnya adalah hasil sentuhan arkitek lokal dari Kuantan iaitu ATELiERDiA.

Minggu lepas, kami sendiri sudah berjumpa dengan tuan empunya rekaan unik ini demi hidangkan story fresh kepada anda. Beliau adalah Mohd Hatta Ismail atau mesra dipanggil Encik Cik Hatta saja.

SPONSORED

Selain pereka seni bina di ATELiERDiA, beliau turut pemilik kepada sebuah kafe berkonsepkan galeri seni tinggi TJANTEK yang terletak di Jalan Besar, Kuantan. Boleh follow TJANTEK CAFE di Instagram @tjantekcafe.co

Dijelaskan, penggunaan dinding kaca pada rekaan bangunan Starbuck Teluk Cempedak ini tidak lain tidak bukan bertujuan memberikan view yang unlimited bagi mereka yang ingin menikmati permandangan cantik Pantai Teluk Cempedak.

Oleh itu, dengan wujudnya bangunan Starbucks di Teluk Cempedak ini, ia bukan sahaja mencantikan landskap namun turut berfungsi sebagai pelengkap terbaik untuk pengunjung mendapatkan permandangan pantai yang indah di sini.

Selain Starbucks di Teluk Cempedak, antara tempat lain yang mendapat sentuhan ATELiERDiA adalah SilaLima Guest House dan Restoran Liliwadi . Sebenarnya banyak lagi, anda boleh lihat lebih banyak di sini.

SPONSORED

Oh ya, pada enam tahun lepas, beliau turut pernah menampilkan karya unik ‘menghitamkan’ Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Cari inspirasi rekaan interior yang menarik? Anda boleh ikuti perkembangan beliau di Instagram @mohdhattaismail

Jangan lupa sertai saluran kami di Telegram @kuantanloka untuk dapatkan update terbaru dari kami dengan lebih laju!

Related Posts