fbpx

UMP Lakar Sejarah Lagi, Kini Terbit Kamus Kompetensi Pertama Di Malaysia

- Sponsor -

Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menerbitkan kamus kompetensi yang pertama di Malaysia dengan kerjasama Penerbit UMP serta Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi Malaysia (AKEPT).

Kamus tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Inspirasi Magnum Opus (Maha Karya) iaitu sebuah strategi penerbitan berimpak tinggi yang berupaya memberi perubahan kepada komuniti dan negara.

Kamus berjudul ‘Kamus Kompetensi AKEPT-UMP’ itu memakan masa hampir dua tahun sebelum dapat diterbitkan. Tambah Pengarah Penerbit UMP, Muhammad Azli Shukri, kamus itu merupakan kamus kompetensi pertama di negara ini yang diterbitkan di dalam bahasa Melayu.

Sumber: News.ump.edu.my
- Sponsor-

Antara keistimewaan kamus kompetensi UMP ini ialah ia mempunyai 21 kluster kompetensi fungsian, 212 entri kompetensi yang terdiri daripada kompetensi teras dan fungsian, penerangan serta panduan yang jelas dan mudah.

Sumber: Sinarharian.com.my
Sumber: News.ump.edu.my

Selain itu, kamus ini boleh menjadi rujukan dalam proses memprofil dan penilaian kompetensi. Ia turut merangkumi kompetensi umum untuk pelbagai keluarga pekerjaan yang melibatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan di dalam sesebuah universiti atau agensi.





- Sponsor -
- Sponsor -