fbpx
- Sponsor -

UiTM Jengka Tubuh Masmed Perkasa Budaya Keusahawanan Dalam Kalangan Mahasiswa

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam Jengka telah menubuhkan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (Masmed) dalam usaha memperkasa budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa universiti itu.

Rektor UiTM berkenaan, Profesor Dr. Mohd. Ilham Adenan berkata, antara fokus Masmed adalah menjalankan latihan serta aktiviti berkaitan perniagaan dan keusahawanan sekali gus selaras dengan adaptasi digital era Revolusi Industri 4.0.

Justeru, tegas beliau, ruang jualan bakal disediakan meliputi kawasan dalam dan luar kediaman. Ruang jualan ini akan disewakan secara harian atau bulanan kepada anggota Koperasi Siswa (Kosiswa), persatuan pelajar, fakulti, pelajar, individu dan juga unit ladang untuk kegunaan pelbagai aktiviti keusahawanan.

Sumber: KitaReporters.com
Sumber: Utusan.com.my
- Sponsor-

Di samping itu, perkhidmatan amatur pelajar turut disediakan kerana ia selari dengan menjadi keperluan asas kesihatan. Antara khidmat ditawarkan ialah menggunting rambut, urutan tapak kaki, dandanan wajah dan pelbagai lagi.

Tambah Profesor Dr. Mohd. Ilham, diharapkan ahli Kosiswa dapat menjalankan aktiviti lebih terancang serta menyusun semua aktiviti sebaiknya dengan wujudnya Pusat Latihan dan Ikubator Masmed bagi menjana kadar pendapatan.

Sumber: Jpbd.ns.gov.my

Turut memberi pandangan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang diundang pada majlis melancarkan Pusat Latihan dan Inkubator Masmed.

Sumber: Gempak.com

Menurutnya, para mahasiswa harus merebut peluang kerana keusahawanan merupakan sebahagian daripada lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang.

- Sponsor -
SumberUtusan

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!