fbpx
buaya

Tular Buaya ‘Lepak’ Di Kampung Belukar Kuantan, Pemancing Dinasihatkan Berhati-hati

Tular tiga hari lepas video kemunculan buaya di sungai Kampung Belukar, Kuantan dikongsi seorang pengguna Facebook bernama Danial Fikri.

Perkongsian yang dibuat dalam group Facebook Warga Kuantan Official memperlihatkan rakaman reptilia berkenaan seolah lepak berjemur dengan santai di tepi tebing sungai.

PREMIUM

Untuk pengetahuan anda pada tahun lepas, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang pernah menerima aduan dari penduduk setempat yang melihat kelibat buaya di Sungai Kuantan berdekatan Medan Warisan di Tanah Putih, iaitu sungai bersebelahan Kampung Belukar, Kuantan.

Posted by Danial Fikri on Saturday, July 11, 2020

Kemungkinan besar buaya yang ditemui di sungai Kampung Belukar itu dipercayai datang dari kumpulan buaya yang sama menghuni Sungai Kuantan.

SPONSORED

Kejadian penemuan buaya di sungai-sungai Pahang bukanlah satu yang mengejutkan bagi penduduk di negeri ini. Kejadian ini sering berlaku namun buat masa sekarang masih tiada lagi kes reptiliar berkenaan bertindak ganas dan membahayakan penduduk setempat.

GAMBAR: DANIAL FIKRI
GAMBAR: DANIAL FIKRI

Dalam masa yang sama, terdapat sebahagian kepercayaan bahawa buaya di sungai Pahang tidak ‘makan orang’ kerana satu sebab. Baca artikel di bawah untuk tahu kenapa.

Baca juga: Menurut Kisah Legenda, Inilah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Related Posts