fbpx

Tradisi Tenunan Pahang Ini Sebenarnya Berasal Daripada Indonesia

- Sponsor -

Tenunan Pahang ini diperkenalkan pada abad ke 16 dan ia berasal daripada Riau ataupun Sulawesi.

Orang besar Makasar/Bugis yang dikenali sebagai Tok Tuan juga Keraing Aji diperkatakan bertanggungjawab dalam memperbaiki cara tenunan kain sutera, dikenali sebagai tenunan Pahang.

Ia merupakan suatu perkara yang menarik oleh kerana setiap corak dan hiasan daripada tenunan ini melambangkan darjat, identiti kaum, ritual keagamaan seseorang individu dan pelbagai lagi.

- Sponsor-

Di samping itu, tenunan Pahang juga mempunyai corak asas yang tersendiri, merangkumi motif, corak termasuklah warna yang digunakan dalam penghasilannya.

Bagi mereka yang buntu dalam pemilihan kain tenunan, perlu anda ketahui bahawa penggunaan teknik ikat dan corak berjalur, tidak kira secara menegak atau mendatar sesuai dijadikan sebagai kain samping untuk dipadankan dengan baju melayu.

Selain itu juga, corak tersebut sesuai bagi dijadikan kain pasang untuk wanita.

Kebiasaannya tenunan Pahang ini digunakan dalam penyediaan busana bagi raja sehari termasuklah majlis-majlis formal mengikut budaya dan adat masing-masing.

Menarik bukan fakta mengenai tenunan Pahag ini? Inilah salah satu keistimewaan yang ada di Pahang dan ia wajar diketahui oleh masyarakat setempat.

- Sponsor -
- Sponsor -