fbpx
- Sponsor -

Tradisi Berbuka Puasa Di Padang MBK 1 Berkemungkinan Kembali Dibenarkan

Tradisi berbuka puasa di Padang MBK 1 berkemungkinan kembali dibenarkan tahun ini jika mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Menurut Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan tidak mempunyai halangan jika tradisi itu kembali diadakan selepas dua tahun tidak dibenarkan ekoran COVID-19.

Beliau berharap kerajaan negeri dapat memberikan kelulusan kerana berbuka di padang mendapat permintaan ramai.

- Sponsor-

Malah, boleh dikatakan ia menjadi sebahagian daripada produk pelancongan di Kuantan.

Sumber: OhHangat.com.my
Sumber: KhalifahMediaNetworks.com

MBK juga menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian seperti menyediakan 65 lot bagi memastikan penjarakan fizikal.

Sumber: FourSquare.com
Sumber: Facebook.com/MajlisBandarayaKuantan

Pada masa yang sama, MBK telah membuat persediaan untuk menaikkan imej Padang MBK 1 ini.

Contohnya membina menara jam sebagai mercu tanda baharu dan memasang lebih banyak lampu untuk meningkatkan aspek pencahayaan.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!