fbpx

Tooth & Co : Nak Gigi Putih Macam Kertas Mahjong, Boleh Ke?

- Sponsor -

Saya nak nampak putih macam gigi artis, Doc!

Kawan saya buat dekat %^$%% (negara Luar) murah, Doc,Kat Malaysia ni mahal betul!

Ini adalah antara perbualan saya dengan pesakit apabila melibatkan kosmetik pergigian.

Saya cuba beri pandangan dari sudut yang berbeza kerana isu ini telah banyak diulas dan diwar-warkan di media sosial.

Pernahkah anda bertemu dengan seseorang pertama kali dan semasa mereka senyum, anda terkejut melihat senyuman mereka tak ubah seperti gerhana matahari ataupun seperti gula-gula mentos disusun rapi.

Rawatan yang dimaksudkan adalah rawatan veneer.

Sama ada dilakukan oleh doktor yang bertauliah atau tidak, ini adala isu yang berbeza juga.

Saya mulakan dengan definisi veneer gigi ini.

‘Veener’ merupakan satu lapisan material sama ada composite atau pun seramik yang dipasang di atas permukaan gigi dan boleh menjadikan gigi lebih teratur, putih dan cantik.

Walaupun begitu, gigi tak sepatutnya kelihatan terlalu putih, kerana dari segi teorinya bahagian enamel adalah lapisan di luar gigi yang sudah asalnya berwarna putih dan dentine adalah bahagian dalam yang berwarna lebih kuning.

Tetapi kenapa gigi boleh berwarna kuning atau mempunyai warna yang pelik?

Ada beberapa sebab antaranya..kita bahagikan kepada sebab ekstrinsik dan juga intrinsic.

Penurunan melampau lapisan enamel boleh menyebabkan gigi kelihatan bukan sahaja kuning, malah ada juga pesakit yang gigi nya kelihatan berwarna coklat dan kelabu.

Antara factor utama adalah kesan penuaan. Apabila kita semakin meningkat usia, enamel akan semakin nipis.

Diet atau habit yang konsisten seperti minum kopi atau teh pada kadar yang kerap setiap hari juga boleh menyebabkan gigi kelihatan kekuningan. Merokok juga boleh menyebabkan gigi kelihatan kuning. Secara konklusinya, apa apa saja yang diambil yang mempunyai pewarna dan diambil pada kadar yang konsisten boleh menyebabkan gigi kelihatan lebih kuning.

Ini dipanggil faktor ekstrinsik.

Faktor intrinsik pula keadaan yang berlaku di dalam enamel dan dentin. Antaranya, trauma kepada gigi semasa kecik, pengambilan tetratcyline oleh ibu yang mengandung dan pengambilan flourida yang berlebihan. Malangnya warna gigi di bawah katgori ini adalah lebih sukar untuk dirawat berbanding factor ekstrinsic.

Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh masyarakat jika anda mengalami masalah ini, adalah untuk tidak terus terburu buru melakukan keputusan tanpa berbincang dengan doctor gigi bertauliah, kerana setiap pesakit adalah unik.

Antara rawatan yang boleh dilakukan untuk memutikan gigi selain veneer adalah seperti rawatan resin infiltration dan whitening. Kesemua rawatan yang saya nyatakan diatas adalah bergantung pada tahap keterukan sesuatu kes tersebut.

Selain dari memutihkan gigi, Masalah kesihatan gigi seperti berbentuk tidak sekata, gigi pecah, jarang dan berserpih semuanya boleh menjadi cantik dengan ‘veener’.

Akan tetapi, semuanya hanya jika ada indikasi yang sesuai. Dalam bidang pergigian, kami di ajar untuk menganalisa sesuatu pesakit melalui “evidence based dentistry” dan perlukan juga pemeriksaan klinikal yang sangat spesifik.

Smile line, Smile profile dan “golden proportion” adalah antara perkara yang perlu di analisa dengan lebih terperinci.

Namun begitu, ada juga pihak yang pihak tidak bertanggungjawab menjual produk ‘veener’ palsu terutamanya dalam platform pembelian atas talian dan media sosial menggunakan nama nama boombastik dengan harga yang murah.

Ini terjadi disebabkan demand yang tinggi untuk mencantikkan gigi menyebabkan ada beberapa pihak mengambil kesempatan.

Begitulah prinsip “demand and supply”.

Apakah natijahnya?

Pernah dilaporkan, di sebuah negara di Asia, seorang remaja melakukan prosedur veneer di bangsal dibelakang rumahnya, menggunakan bahan atau instrument yang tidak steril dan juga bahan veneer yang tidak di iktiraf, mengakibatkan pesakit pesakit beliau mengalami komplikasi seperti pendarahan gusi dan juga terkena jangkitan silang yang berbahaya seperti Hepatitis dan HIV.

Secara jujur saya katakan, isu fake veneers ini bukan perkara baru. Kesedaran masyarakat masih belum tinggi untuk memahami perkara seperti ini.

Pada pendapat saya, mereka mendapatkan rawatan veneer palsu ni tahu ia tidak elok untuk kesihatan dan pemberi perkhidmatan bukanlah pengamal pergigian yang sah.

Masalahnya di sini ialah bukanlah terletak pada perbezaan di antara ‘TIDAK TAHU’,TIDAK KISAH, atau TIDAK PEDULI. Masyarakat kita ramai yang TAHU tapi tidak peduli dan tidak kisah asalkan giginya kelihatan putih dan cantik pada pandangannya.

Akhir sekali, tidak salah jika kita ingin kelihatan cantik. Yang tidak betul adalah untuk memilih rawatan yang hanya mementingkan kecantikan tanpa memikirkan tentang fungsi dan bentuk gigi yang asal.

Jika mahu dilihat dari segi fiqh pergigian , rawatan veneer atau pemutihan gigi adalah harus jika ianya perlu untuk memperoleh fungsi dan struktur gigi kembali.Namun, jika ianya bertujuan untuk kecantikan semata mata, ianya adalah dilarang sama sekali kerana ianya bersamaan dengan konsep tabarruj dalam islam.

Saya amat berharap jika para pesakit berjumpa dengan doctor gigi bertauliah untuk mendapatkan diagnosis yang tepat berkenaan masalah pergigian.Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.

InshaAllah.

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Tooth & Co, Klinik Pergigan di Kuantan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan pergigian oleh doktor-doktor pakar pergigian yang diiktiraf.
Maklumat lanjut

- Sponsor -

Kolaborasi

Artikel ini disumbangkan khas oleh Rakan Kolaborasi bersama KUANTANLOKA™