fbpx

Tooth & Co: Berus Gigi Elektrik Tidak Menjanjikan Pembersihan Efektif

- Sponsor -

Untuk penjagaan kebersihan mulut yang optimum, pemberusan gigi diikuti flos adalah paling penting.

Namun, setiap individu mempunyai cara pemberusan yang khusus bergantung kepada keadaan gigi dan mulut untuk pembersihan gigi yang efektif.

Tujuan utama memberus gigi adalah untuk membuang sisa makan yang terlekat dan plak yang masih lembut pada permukaan gigi.

Gagal menanggalkan sisa makanan dan plak akan menyebabkan pembentukan karies serta masalah gusi.

Berus gigi terbahagi kepada jenis manual dan jenis elektrik.

Pemberusan secara manual adalah cukup untuk individu yang sihat fizikal.

Penggunaan berus gigi elektrik pula biasanya disyorkan kepada pesakit yang mengalami masalah pergerakan tangan untuk memberus gigi dengan baik.

Contohnya orang kelainan upaya yang melibatkan pergerakan tangan, warga emas, atau mereka yang mempunyai masalah sendi tangan (Arthritis).

Kelebihan menggunakan berus gigi elektrik ialah sesetengah produk mempunyai timer.

Ini bagus untuk memastikan pemberusan gigi mengikut masa yang disyorkan iaitu 2 minit.

Penggunaan berus gigi elektrik bagaimanapun tidak menjanjikan pemberusan yang efektif.

Mengapa? Satu contoh ialah kebiasaan bentuk berus gigi elektrik adalah bulat. Jadi bentuk itu mungkin tidak sesuai untuk mereka yang giginya berlapis.

Saiz berus gigi elektik yang agak besar berbanding berus gigi biasa tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai gigi bongsu yang biasanya tumbuh mengiring dan dalam keadaan sempit.

Penggunaan berus gigi elektrik juga tidak bermakna flossing tidak harus dibuat.

Penjelasan di atas nampak seperti menentang berus gigi elektrik. Apa yang nak disampaikan ialah memberus gigi paling penting dalam penjagaan mulut.

Sehebat mana berus gigi elektrik, ia tidak menjadikannya lebih baik daripada berus gigi manual.

Kelebihan sekiranya digunakan menyamai berus gigi manual tetapi keburukan adalah lebih banyak.

Langkah yang boleh dilakukan ialah mendapatkan nasihat doktor gigi untuk cara pemberusan yang terbaik untuk anda.

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Tooth & Co, Klinik Pergigian di Kuantan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan pergigian oleh doktor-doktor pakar pergigian yang diiktiraf.
– Maklumat Lanjut

- Sponsor -

Kolaborasi

Artikel ini disumbangkan khas oleh Rakan Kolaborasi bersama KUANTANLOKA™