fbpx

Tonton Klip Muzik Terbaru MonoloQue Yang Dirakam Sepenuhnya Di Muzium Negeri Pahang


Memberi penghormatan terhadap lagu Legenda dendangan Datuk Sheila Majid yang mengangkat Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, kumpulan Monoloque tampil dengan versi baharu ditujukan khas buat petugas barisan hadapan.

Versi baharu Legenda memberi pengiktirafan kepada wira tidak didendang seperti jururawat, doktor, anggota polis dan tentera, penghantar makanan, posmen, kru pembersihan serta pekerja restoran yang sama berjuang pada era pandemik COVID-19.


Menurut Loque, lagu Legenda ini diubah 180 darjah daripada single asal dengan unsur muzik baharu, namun, irama asal dikekalkan.


Paduan bunyian kumpulan monoloQue bersama Orkes Gamelan Pahang Diraja diadun bersama vokal Kimal daripada kumpulan Margastawa secara langusng membuatkan lagu ini mencipta warna dan keunikkannya yang tersendiri.

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin