fbpx
tcr

Time Capsule Retreat Antara Penginapan Yang Unik Dan Menarik Di Kuantan

Sekiranya anda mencari penginapan unik di Kuantan, Time Capsule Retreat di Sungai Lembing ini antara yang paling menarik kami syorkan terutama kepada Si Pencinta alam semula jadi.

Tidak seperti penginapan di tengah kota, Time Capsule Retreat menawarkan pengalaman bermalam berlatarkan landskap yang menghijau dengan suasana tenang dan santai.

PREMIUM

Di sini terdapat beberapa pilihan bilik untuk ditempah, dan yang paling popular sudah semestinya bilik kapsul. Namun sayangnya, bilangan bilik kapsul ditawarkan dalam unit yang terhad. Anda dinasihati buat tempahan awal sekiranya ingin penginapan kapsul.

Antara jenis bilik yang ditawarkan di sini adalah ‘White Cottage’ (queen size Bed / 2 single bed / 2 queen size bed) dan ‘Capsule’ (penginapan paip berbentuk silinder). Maklumat lanjut berkenaan tempahan dan galeri sila rujuk di laman booking.com.

Meskinpun tidak dilengkapi seperti fasiliti di hotel-hotel mewah, namun sambungan internet Wi-Fi untuk kegunaan tetamu disediakan. Tempat menarik berdekatan Time Capsule Retreat Sungai Lembing adalah Bukit PanoramaAir Terjun Pelangi dan Muzium Sungai Lembing.

SPONSORED

Time Capsule Retreat Sg Lembing
Lokasi: EB4 Belakang Sekolah Menengah Sg. Lembing (Waze: Time Capsule Retreat Sg Lembing).
Hubungi: 013 963 8888 (Miss Tan).
Email: [email protected]
Website: www.timecapsuleretreat.com

Related Posts