fbpx
- Sponsor -

Tiket Dinosaur Encounter Zoo Teruntum Boleh Beli Di Shopee, Harga Bermula RM22

Zoo Teruntum bakal dibuka pada 10 Disember, pastinya memberi sebuah kelainan apabila ia sudah tidak seperti dahulu lagi. Terdapat pelbagai jenis tarikan tersedia, antaranya Rumah Hobbit dan juga Dinasour Encounter!

Dinasour Encounter ini sudah dibawakan khas kepada penduduk di sekitar Kuantan bagi mereka mendapatkan gambaran mengenai hal ini dan ia mendapat sambutan baik terutamanya bagi kanak-kanak.

Ia merupakan sebuah kawasan yang dikhaskan untuk menempatkan pelbagai jenis replika dinasour yang ada pada zaman dahulu dan anda boleh masuk ke sangkar T-Rex secara percuma jika mendapatkan tiket secara di atas talian.

- Sponsor-

Bagi mereka yang belum mengetahui, kini tiket masuk untuk ke Zoo Teruntum sudah boleh didapati melalui aplikasi Shopee dengan harga bermula dari RM22 untuk kanak-kanak manakala RM25 bagi tiket dewasa.

Kaedah pembelian tiket secara atas talian dapat menjimatkan masa anda oleh kerana tidak perlu bersusah payah bagi mendapatkannya di kaunter, pastinya akan dibanjiri individu lainnya.

Jangan lepaskan peluang yang ada. Jika anda masih tercari-cari masa lapang untuk ke Zoo Mini Teruntum, anda merupakan salah seorang individu yang perlu mendapatkan tiket ini oleh kerana ia sah sehingga Mei 2022.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!