fbpx
- Sponsor -

Tidak Lama Lagi Anda Boleh Jana Pendapatan Melalui YouTube Shorts

Sejak TikTok mendominasi pengguna internet, kita boleh lihat kandungan berbentuk video ringkas kini semakin galak. Lihat sahaja Facebook dan Instagram turut serta dengan menambah fitur Reels.

Google pula telah memperkenalkan YouTube Shorts iaitu fungsi yang seakan sama dengan fungsi di TikTok dan Reels milik syarikat Meta.

Sedikit info, YouTube Shorts adalah perkongsian video dalam saiz potrait (1080 x 1920) berdurasi 60 saat.

- Sponsor-

Mungkin Google mahu terus dikenali sebagai sebuah platform video gergasi di Internet, desas-desus terkini mengatakan bahawa pada masa akan datang YouTube Shorts membolehkan pencipta kandungan menjana pendapat dengan YouTube Shorts.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai ini. Diharapakan Google menambah beberapa fungsi lain juga seperti pemberian sumbangan virtual dalam bentuk hadiah atau lain-lain.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!