fbpx

Texas Chicken Bakal Buka Cawangan Baharu Di Tepi Sungai Kuantan


Rangkaian restoran makanan segera Texas Chicken kini semakin meluas dengan pembukaan beberapa cawangan di Pahang. Terkini, restoran yang menawarkan menu ayam goreng ini bakal membuka cawangan terbaharu di tepi Sungai Kuantan.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Kuantan di Facebook, cawangan baharu Texas Chicken di Kuantan ini akan dibuka tidak lama lagi terletak di tepi Sungai Kuantan atau lebih tepat di tapak bangunan lama pejabat MBK.

Nantikan Pembukaan Texas Chicken di pinggiran Sg Kuantan (bangunan pejabat lama MBK) . #KuantanBandarayaIndahLeatari #SayangiKuantan

Posted by Majlis Bandaraya Kuantan on Saturday, October 16, 2021

Pembukaan cawangan baharu Texas Chicken di Kuantan ini menandakan peningkatan pada ekonomi yang baik di tengah bandar Kuantan secara tidak langsung akan menjadikan kawasan tersebut mesra pelancongan.


Untuk peminat ayam goreng Texas Chiken, nanti bolehlah anda menjamu selera berlatarkan pemandangan Sungai Kuantan pula.

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin