fbpx

Terminal Sentral Kuantan Kini Menawarkan Taman Permainan Mini Serendah RM5

- Sponsor -

Bagi mereka yang sering menggunakan khidmat Terminal Sentral Kuantan untuk perjalanan jauh, pasti anda tahu mengenai perkembangan terminal ini yang dinaiktaraf dari semasa ke semasa.

Terbaharu, Terminal Sentral Kuantan menyediakan Indoor Fun Park, iaitu taman permainan mini khas untuk anak-anak anda meluangkan masa di sana.

Antara tarikan lain yang sedia ada termasuklah gerai jualan cenderamata, gerai jualan makanan dan aksesori telefon bagi mereka yang memerlukan.

- Sponsor-

Indoor Fun Park ini dibuka pada 17 Disember lalu dan tiket masuk yang dikenakan hanyalah serendah RM5 sahaja.

Ia beroperasi pada setiap hari, bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam. Sementara menunggu bas anda, anak-anak anda boleh bersuka ria di sini dan ia dapat mengelakkan anak kecil daripada meragam.

- Sponsor -
- Sponsor -