TENTANG KAMI

KUANTANLOKA ialah sebuah digital media yang berkongsi berita terkini, informasi percutian, cerita inspirasi dan kreatif di negeri Pahang dengan gaya paling santai serta sedap dibaca.

KUANTANLOKA mula dilancarkan pada Jun 2019, pada asalnya ia merupakan sebuah blog yang berkongsi tentang tempat makan, destinasi menarik dan percutian di Kuantan.

Namun seiring dengan perkembangan semasa, KUANTANLOKA selangkah kehadapan dengan memperluaskan lagi skop penulisan dan penghasilan konten-konten yang menarik.

Mengambil nama sempena nama ibu negeri Pahang iaitu Kuantan, jenama KUANTANLOKA kini berdiri teguh sebagai sebuah media digital yang mempaparkan informasi merangkumi seluruh negeri Pahang.

Idea ini lahir selepas kami lihat kurangnya media digital tempatan yang memfokuskan info di negeri Pahang yang relevan secara profesional dan berkualiti.

KUANTANLOKA dibarisi sekumpulan anak muda dari pelbagai latar belakang berbeza yang sukakan cabaran, bebas dan kreatif.

Sejak ditubuhkan, KUANTANLOKA berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia dan berjaya mencapai lebih daripada 400,000 pengguna aktif yang melayari laman web kuantanloka.com dalam masa tidak sampai setahun.

JAMINAN

KUANTANLOKA amat mengambil berat terhadap setiap kualiti kandungan yang dipaparkan di semua platform kami. Dijamin, di sini tiada cerita gosip artis, title clickbait yang mengarut dan kandungan berunsur negatif yang lainnya.

MATLAMAT

Matlamat kami adalah untuk menjadikan KUANTANLOKA sebagai penanda aras baharu serta sumber informasi yang berkualiti dan dipercayai.

SOKONGAN

KUANTANLOKA amatlah memerlukan sokongan daripda ramai pihak. Teruskan menyokong kami dengan berkongsi artikel-artikel di kuantanloka.com ke platfrom media sosial anda.

Ikuti perkembangan kami, sertai KUANTANLOA di Telegram, Facebook, Twitter serta Instagram.