fbpx
featured image sizing

Tengku Hassanal Sambut Baik Usaha Artis Mural Kuantan Terus Berkarya

Sebelum ini kami pernah berkongsikan bagaimana bakat-bakat artis di Kuantan mempamerkan bakat mereka dalam lukisan mural dan graffiti dan yang terbaru adalah graffiti wajah Tengku Hassanal dan frontliner.

Enam anak muda pelukis mural tiga wajah ikonik Malaysia di Batu Tiga, di sini menjadi tular selepas Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat mencemar duli melihat hasil seni wajah baginda semalam.

PREMIUM

Mereka yang dikenali sebagai kumpulan pelukis Projek06 melukis wajah Tengku Hassanal; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dinding Klinik Putra Medik Batu Tiga, di sini.

GAMBAR: AMER FAROUK
GAMBAR: AMER FAROUK

Kehadiran dua daripada tiga wajah ikonik yang dianggap hero Malaysia dan negeri Pahang itu ke lokasi mural merupakan satu penghormatan buat mereka.

Memang tak sangka lukisan wajah Tengku Hassanal, Datuk Seri Wan Rosdy dan Dr Hisham jadi tular. Lebih membanggakan apabila Tengku Hassanal memuji dan memberi galakan untuk kami terus berkarya. Menteri Besar Pahang juga mempelawa untuk berjumpa.

SPONSORED

Kata mereka, selepas hampir empat tahun berkarya dengan menghasilkan lebih 100 akhirnya kami dikenali. Kami juga ingin berterima kasih kepada Dr Seelan dari Klinik Putra Medik yang memberi idea melukis wajah kesemua pemimpin kesayangan rakyat ini.

GAMBAR: AMER FAROUK
GAMBAR: AMER FAROUK

Pada awal lukisan ini dibuat, kami pernah dikecam di Facebook kerana ada yang bergambar ketika belum siap sepenuhnya. Ada yang membuat laporan polis kerana mendakwa kami menghina pemimpin.

Lukisan itu belum siap sepenuhnya kerana faktor cuaca dan kekangan masa. Bagaimanapun kami dinasihatkan supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) turut memasang CCTV bagi memantau aktiviti kami. Pemasangan CCTV juga mengelakkan sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Mural wajah ikonik bersaiz 60×20 kaki itu siap dalam tempoh 10 hari menggunakan kaedah cat dan spray.

SPONSORED

Enam anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan pelukis Projek06.
Kumpulan Pelukis Projek06 juga mahir dalam lukisan 3D dan ‘air brush’. Lebih membanggakan kesemua mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang dikagumi.

via: Sinar

Anda juga mungkin berminat untuk membaca lebih lanjut berkenaan salah seorang artis mural yang pernah kami temubual

Baca juga: Artis Graffiti Dari Kuantan ‘Kamal Patio’ Bawa Bakat Serata Malaysia

Related Posts