fbpx
- Sponsor -

Tawaran Percutian Privasi Di ZARA Homestay Private Pool Kuantan

Untuk bercuti bersama keluarga, tidak perlu berlebihan bajet mengejar gaya orang. Bagaimana kita mengaturkan masa berkualiti bersama mereka lebih bermakna berbanding nilai percutian itu.

Destinasi percutian yang privasi memberi lebih peluang merakam momen indah bersama keluarga. Kadangkala kita mungkin segan jika terdapat orang lain berada di sekeliling kita. Lokasi yang ada kolam renang contohnya memang jadi tumpuan ramai terutamanya ketika musim cuti sekolah.

ZARA Homestay Private Pool Kuantan adalah lokasi tepat jika anda inginkan privasi bersama keluarga. Nak bersuka-ria dalam kolam? Mandi sepuasnya tanpa hirau kehadiran orang asing sebab kolam homestay ini berada dalam rumah!

Sumber: Facebook.com/PahangHive
- Sponsor-

Boleh juga mengadakan apa-apa sambutan di sini. Sebagai contoh untuk meraikan hari lahir atau penamatan graduasi anak dari institut pengajian tinggi. Pihak homestay ada menyediakan set BBQ untuk disewa lengkap bersama arang, barulah meriah sambutan.

Sumber: Facebook.com/PahangHive
Sumber: Facebook.com/PahangHive

Dekorasi cantik dan ruang yang besar pastinya memberi keselesaan kepada seluruh ahli keluarga. Homestay ini sesuai bagi sesiapa yang ingin bercuti sekitar Kempadang, Pantai Sepat, Pantai Kempadang dan Tanjung Lumpur. Ada masa, boleh ambil angin jalan-jalan di pantai.

Sumber: Facebook.com/PahangHive
Sumber: Facebook.com/PahangHive

Harga penginapan adalah mengikut tarikh penginapan. RM340 adalah untuk temapahan pada hari minggu manakala RM380 adalah untuk tempahan pada hujung minggu serta cuti umum. Siapa cepat, dia dapat.

Lihat lebih banyak destinasi percutian yang menakjubkan di Pahang hanya di PahangHive. Temukan keseronokan percutian yang sebenar di Pahang menerusi Facebook PahangHive.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!