fbpx
kolam memancing pok nik

Seronoknya Taman Tema Air Mini Dan Kolam Memancing Pok Nik Di Kuantan Ini

Cari tempat seronok untuk aktiviti bersama keluarga di Kuantan? Kolam Memancing & Mini Waterpark Pok Nik mungkin menarik minat anda!

Berlokasi di Peramu, Kuantan, Kolam Memancing Dan Taman Tema Air Mini Pok Nik ini beroperasi sebagai pusat percutian yang menempatkan taman tema air mini, kolam memancing dan juga penginapan.

Buat anda yang mahu percutian santai namun lengkap dengan semuanya, Kolam Memancing Dan Taman Tema Air Mini Pok Nik destinasi pilihan yang sangat ideal. Bukan sahaja seronok, namun harga yang ditawarkan pula amat berpatutan.

Cool bukan? Boleh bercuti bersama keluarga dan biarkan anak-anak gembira sakan bermain air, si ayah pula kalau minat memancing bolehlah cuba nasib di kolam! Paling best sebab tempat penginapan memang ada disediakan sekali.

Kadar harga bagi memancing dikolam dikenakan caj minimun 4 jam pada hanya RM50.00. Manakala bagi bayaran masuk ke Taman Tema Air Mini adalah RM5.00 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan RM7.00 bagi berumur 13 tahun ke atas. Boleh mandi sampai puas!

SPONSORED

Harga penginapan di Challet pula mula ditawarkan serendah RM70.00 semalam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti perkembangan Kolam Memancing & Mini Waterpark Pok Nik di Facebook.

Related Posts