fbpx

Taman Rimba Di Pahang Kaya Dengan Gua Batu Kapur, Sesuai Untuk Pencinta Alam

- Sponsor -

Tahukah anda, di Kuala Lipis ini terdapat sebuah taman rimba yang dikenali sebagai Taman Rimba Kenong. Ia mempunyai kawasan seluas 121 kilometer dan terletak di barat daya Taman Negeri Pahang.

Antara tarikan yang ada di Taman Rimba Kenong ini ialah, di sini terdapat beberapa buah gua batu kapur dan juga air terjun yang pastinya akan memberikan suasana yang tenang kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

Menurut salah seorang penduduk tempatan, taman rimba ini mempunyai lebih 20 buah gua akan tetapi, hanya lapan sahaja yang dikenal pasti dan dibuka kepada para pelancong. Setiap gua batu kapur ini terletak sejauh setengah jam perjalanan merentasi hutan.

Sumber: Google Images
Sumber: Google Images
- Sponsor-

Selain daripada gua yang ada, anda juga bakal disajikan dengan tumbuhan-tumbuhan liar dan juga kehadiran binatang seperti pelanduk, landak dan juga gajah!

Di sini juga terdapat cerita dongeng yang menarik berikutan sebuah gua yang mempunyai rupa bentuk seperti sampan dan ia merupakan gua yang menjadi tarikan di antara gua yang lainnya.

Sumber: Google Images
Sumber: Google Images
Sumber: Google Images

Taman Rimba Kenong ini juga menyediakan tempat penginapan seperti resort, chalet dan juga tapak perkhemahan, bagi mereka yang ingin bermalam di sini.

Untuk mengetahui lebih banyak info yang ada di negeri Pahang, anda boleh mengikuti kami di Telegram dan juga laman Facebook Kuantanloka.

- Sponsor -
- Sponsor -