fbpx
- Sponsor -

Taman Negara Dinobatkan Pemenang Tarikan Pelancongan Terbaik

Hari ini dalam sejarah, Taman Negara telah dipilih sebagai pemenang tarikan pelancongan terbaik bagi Anugerah Pelancongan Malaysia 1993. Anugerah tersebut diberikan di atas kejayaan Taman Negara meningkatkan imejnya sebagai destinasi pelancongan.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabbaruddin Chik kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jasni Abdul pada Majlis Malam Anugerah Pelancongan Malaysia 1993 di Kuala Lumpur.

Taman Negara merupakan kawasan perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan suatu masa dahulu dikenali sebagai King George V National Park. Taman ini diisytiharkan secara rasminya sewaktu sambutan Jubli Perak King George dan diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini.

Sumber: Illuminasi.com
- Sponsor-

Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Keluasan kawasan taman ini ialah 4,343 km². Anugerah yang diterima meningkatkan lagi imej Taman Negara sebagai eko-pelancongan terkenal di negara ini serta dimata dunia.

Menarik mengenai taman ini ia terletak di antara sempadan 3 negeri pantai timur di mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Contohnya, Gunung Tahan di Taman Negara berada di Pahang namun kaki gunungnya juga terletak di Kelantan.

Sumber: Borneotalk.com
Sumber: TamanNegara.asia

Aktiviti paling popular di sini ialah menaiki sampan dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!