fbpx

Tak Perlu Kibar Bendera Putih, Watak Kopi Sediakan ‘Foodbank’ Untuk Golongan Yang Memerlukan


Watak Kopi, kafe di Kuantan yang terkenal dengan hidangan Roti John Doe dan Kopi Kampung di Kuantan ini ambil inisiatif menawarkan bank makanan bagi golongan yang memerlukan.

Kebetulan dua hari lepas kami ada berjumpa dengan Ahmad Dainney, iaitu salah seorang pemilik kafe Watak Kopi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai foodbank di Watak Kopi.

Kata Dainney, kewujudan bank makanan di Watak Kopi sudah berlangsung sejak PKP 1.0 lagi. Ini merupakan inisiatif dari pasukan Watak Kopi sendiri untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.


Segala bantuan terdapat di bank makanan Watak Kopi boleh diambil oleh siapa sahaja yang memerlukan tanpa banyak soal. Bank makanan Watak Kopi memang diwujudkan oleh komuniti lokal untuk membantu golongan-golongan yang terkesan semasa musim COVID-19.

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan, anda boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank Maybank:
No Akaun: 156178038955
Nama: Md Syukri Maskur
Remark: FoodBank

atau memberi sumbangan secara terus ke kafe Watak Kopi yang berlokasi di Jalan Besar, Kuantan.

Bercerita dari sudut yang lain, selain makanan sebenarnya banyak lagi benda lain yang diperlukan untuk kelangsungan hidup. Contohnya pampers , perlengkapan bayi, ubat-ubatan termasuklah wang untuk membeli keperluan penting lain selain makanan.


Maklumat lanjut boleh hubungi Ahmad Dainney atau MD Syukri Maskurr

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin