fbpx

Tak Perlu Ke Singapura, Kuantan Pun Dah Ada Sup Tulang Merah

- Sponsor -

Bila sebut sahaja sup tulang merah, pasti anda sudah tahu menu makanan ini merupakan sajian yang popular di Singapura. Demi menikmati rasa sup tulang kambing gearbox dicampur sos cili, anda harus terbang ke Singapura atau setidaknya ke Johor.

Menu makanan ini amat rare, jarang dapat jumpa. Boleh kata tak semua negeri ada. Namun begitu, bagi orang-orang Kuantan janganlah bersedih hati. Sebabnya, menu dari negara seberang ini sudah pun kami temui di Kuantan!

Benda baik kita kongsi. Dengan hati yang gembira, ini lokasi tempat makan yang menghidangkan menu sup tulang merah di Kuantan. Yang lama mengidam bolehlah masukan kedai ini dalam senarai tempat makan wajib anda terjah nanti.

Sup gearbox kambing tulang merah
- Sponsor-

Buat pengetahuan anda, ini kali pertama kami cuba sup gearbox kambing tulang merah. Iyalah, benda makanan yang jarang dapat jumpa.

Perkara awal kami bayangkan bila sebut sup tulang merah tentunya sup tulang dengan warna merah menyala, dibayangkan rasanya amat pedas sekali. Namun ternyata setelah mencuba, apa yang kami bayangkan langsung tidak betul.

Rasa sup tulang merah tidak pedas. Rasa sup pekat, sedikit manis, ada sedikit pedas dan berempah. Tidak seperti rasa sup biasa, sup tulang merah ini memiliki rasa unik yang sendiri.

Jika anda seorang peminat kambing, makanan ini anda pasti suka. Tambah pula sup ini enak dimakan bersama nasi atau roti potong. Untuk rasa nikmat yang lebih optimum amat disyorkan untuk jamah bersama roti potong. Kata orang, ia lebih nikmat.

Mi racun

Selain sup tulang merah, ada satu lagi menu yang mengejutkan untuk anda cuba di sini iaitu mi racun. Iya, mi racun.

Nama macam bahaya, tapi bila sudah cuba terasa nama makanan ini masih belum cukup ganas lagi. Asasnya, mi racun ini adalah hidangan sup gearbox kambing tulang merah bersama mi dan hirisan telur potong.

- Sponsor -

Bagi pendapat kami pula, kombinasi sup gearbox kambing tulang merah yang dimakan bersama mi dan hirisan telur potong sangat ngam. Rasa lebih puas dan sedap jika hendak dibandingkan makan sup tulang merah bersama nasi atau roti.

Tapi terpulang kepada anda, sama ada suka mi, nasi atau roti.

Selain daripada sup tulang gearbox kambing tulang merah tedapat juga pilihan lain seperti sup tulang merah daging kambing, tulang lembu, sup mamak gearbox kambing, daging, ayam dan lembu.

Hidangan mi dan nasi goreng pun ada. Antaranya ialah nasi goreng ayam, daging, kambing, udang dan nasi goreng special.

Kesemua menu ini boleh didapati di Shah Tulang Merah, berlokasi di Bandar Putera atau lebih tepat beralamat di No 3, Maha Food Hall Putra Business Centre , Lorong Peramu Jaya 7/11, 26060 Kuantan, Pahang.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Shah Tulang Merah atau hubungi mereka melalui whatsapp 01165277237.

Nak tahu lagi banyak tempat-tempat makan yang menarik di Pahang? Like dan Follow PahangHive sekarang!

- Sponsor -
- Sponsor -