fbpx

Tak Hanya Johor, Laksa Pahang Pun Guna Ikan Tenggiri Dan Ini Resepinya


Laksa bukan benda main-main. Silap disebut boleh jadi isu sensitif. Apa pun yang berlaku kami yakin pasti ada hikmahnya. Hehehe.

Kalau sebut tentang laksa, di Malaysia ni memang unik sungguh. Setiap negeri ada laksa versi tersendiri. Contohnya Laksa Johor, Laksa Melaka, Laksa Sarawak, Laksa Terengganu dan Laksa Penang.

Untuk orang Pahang yang sedang mencari resepi Laksa Pahang, kali ini kami akan kongsikan resepi membuat Laksa Pahang. Mudah saja, boleh buat sendiri. Resepi ini untuk 30 orang makan.


Ok jom kita mula.

Bahan-Bahan Kuah Putih
– 3 kg ikan tenggiri *
– 1.5kg isi udang segar *
– 500gm udang kering *
– 1.5 biji kelapa parut * (goreng / sangrai)
– 1 kg santan
– 4 keping asam gelugor 

Cara Penyediaannya
1. kisar halus bahan bertanda ‘*’ di atas.
2. Campur semua bahan dan masak (mereneh).

Bahan-bahan Tumisan (Kuah Merah)
– 500gm bawang kecil *
– 250gm bawang putih *
– 600gm serai *
– 2 inc. kunyit hidup *
– 150gm halia *
– 50gm lengkuas *
– 6 sudu besar serbuk kari ikan
– 5 sudu besar cili boh
– 3 sudu besar serbuk ketumbar
– kelapa parut – goreng / sangrai
– Minyak untuk memasak


Cara Penyediaannya
1. Kisar halus bahan bertanda ‘*’
2. Tumis bahan-bahan di atas hingga naik minyak.
3. Campurkan ke dalam kuah putih tadi.
4. Rebus kuah sambil kacau hingga masak.
5. Sesuaikan rasanya dan hidangkan.

Bahan Pelengkap lainnya
– 4 pkt laksa beras (kering) – rebus
– Timun – hiris halus dan memanjang
– Kacang panjang – hiris halus
– Daun selasih – hiris halus
– Daun kadok – hiris halus
– Daun kunyit – hiris halus
– Taugeh
– Belacan merah – bulatkan kecil-kecil
– Sambal cili – lumatkan cili kering yang telah direbus

Cara Penyediaannya
1. Hidangkan laksa dengan menambah bahan pelengkap yang lain.
2. Tambahkan belacan dan sambal cili.
3. Curahkan kuah ke atas laksa tadi.

Selamat mencuba.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin