fbpx
- Sponsor -

Syiling Peringatan ‘Sultan Pahang’ Keluaran Bank Negara Malaysia Sudah Boleh Ditempah

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling edisi khas peringatan bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sebagai rakyat Pahang, menjadi sebahagian daripada pemilik koleksi ini mungkin sesuatu yang amat membanggakan. Semalam, pihak Bank Negera Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi, orang ramai yang inginkan koleksi khas ini boleh membuat tempahan secara online melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia bermula 19 Ogos sehingga 23 Ogos.

Turut dinasihati, segala urusan membabitkan pembelian koleksi syiling ini dibuat hanya menerusi laman web Bank Negara Malaysia bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

- Sponsor-

Seorang pembeli hanya dihadkan untuk menempah satu syiling emas , tiga syiling Emas Nordic, satu syiling perak atau satu unit set dua dalam satu perak dan emas nordic.

Harga syiling Peringatan Khas Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ini boleh didapati pada harga bermula RM12.00 sehingga RM1,800. Anda boleh mendapatkan koleksi ini terus di laman web rasmi Bank Negara Malaysia.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!