fbpx
photo_2020-07-29_12-12-40

Kuantan Makan: Kelembutan Roti Dan Rasa Padu Suris Pizza Ini Mantap Habis

Piza bukan makanan orang Malaysia. Tapi di Malaysia ada pelbagai makan dari seluruh dunia termasuklah makanan orang Itali yang satu ini.

Anda penggemar piza? Tahu tak di Kuantan ada tempat best untuk anda nikmati piza yang pastinya menepati citarasa Malaysia anda. Kami pun baru tahu tentang tempat ini dan sudah mencubanya.

PREMIUM

Tak salah kalau kami kata ini antara tempat untuk anda makan piza terbaik di Kuantan. Sangat berbaloi, sedap dan harga pula amat berpatutan.

Berlokasi di Lepak Luu Cafe, Jalan Beserah. Suris Pizza berjaya buat kami jatuh cinta dengan makanan Itali mereka. Buat pengetahuan anda, Suris Pizza ini merupakan produk lokal yang dah lama beroperasi di Kuantan.

Bermula pada harga RM12 sekeping piza bersaiz regular, Suris Pizza menawarkan lebih kurang 13 jenis piza yang menyelerakan tekak. Antara Piza yang terdapat di Suris Pizza Kuantan ialah:

  1. Marinara Seafood
  2. Meet Ball Pizza
  3. Hawaiian Tuna
  4. Hawaiian Chicken
  5. Sardine Tomyam (betul beb, ada piza sardin dan tomyam)
  6. Chicken Tomyam (piza tomyam ayam pun ada)
  7. Chicken Mushroom Cabonara
  8. Chicken Sate
  9. Papperoni Beef
  10. Papperoni Chicken
  11. Chicken Pop Corn
  12. Sambal Hitam
  13. Lamb Pizza (Pizza kambing!)
SPONSORED

Lihat menu pizza saja mana mungkin kami boleh bersabar. Macam-macam jenis piza ada, dari piza sardin, tomyam, satay sehinggalah ke pizza kambing. Namun kami hanya mampu pesan 3 sahaja sebab takut tak boleh habis.

Apa yang kami cuba di Suris Pizza ialah Pizza Papperoni Beef, Chicken Mushroom Cabonara dan Hawaiian Chicken.

Kami sengaja pesan Papperoni Beef dan Hawaiian Chicken mungkin kerana sudah terbiasa dengan menu pizza jenis ini. Untuk piza Chicken Mushroom Cabonara, ini adalah rasa piza pertama yang kami cuba sepanjang hidup.

Kalau anda tercari tempat makan yang menghidangkan menu Piza di Kuantan, tanpa ragu kami kata Suris Pizza inilah tempatnya. Kami sendiri berpuas hati dengan kualiti makanan yang dihidangkan.

SPONSORED

Kelembutan roti dengan bahan yang cukup, tambah pula keju mencair yang banyak tu memang sedap sungguh. Inilah makanan Itali yang telah di-lokal-kan sempurna menepati citarasa orang Malaysia.

Kalau anda jenis suka keju lebih, anda boleh tambah RM3 untuk ekstra keju. Tapi pada kami, tak perlu tambah pun dah berbaloi. Seperti yang kami kata, piza beserta keju yang dihidangkan di Suris Pizza ini memang cukup memadai.

Tapi kalau nak, boleh tambah keju ekstra!

Tambah satu lagi tempat makan yang best di Kuantan untuk anda masukan dalam senarai bakul anda! Sesuai sangat untuk anda yang dah bosan makan nasi, sekali-sekali boleh bertukar selera.

SPONSORED

Kalau tanya kami piza apa yang paling sedap, memang kami rekomendasikan cuba piza Chicken Mushroom Cabonara. Kelembutan roti yang disulam rasa sos kabonara, hirisan ayam bakar, cendawan butang dan keju tu memang power!.

Rasa sedap, harga berbaloi begini lebih seronok kalau makan bersama kawan-kawan dan keluarga. Anak-anak pun pasti suka.

Lokasi:
Lepak Luu Cafe, Jalan Beserah, 25200 Kuantan atau lebih mudah ikut pautan Google Map.
Hubungi: 017.905.2642
Waktu operasi: Setiap hari, kecuali hari Isnin bermula jam 5.00PM ingga 12.00AM

Oh ya, sebelum tu kami dimaklumkan Suris Pizza juga ada menjual Pizza sejuk beku (frozen) dan juga menerima tempahan piza untuk sebarang majlis. Maklumat lanjut, boleh hubungi nombor di atas.

Kalau anda hubungi kami, kami tak tahu sebab kami bukan penjual pizza. Jangan lupa sertai KUANTANLOKA di Telegram untuk dapatkan lebih banyak informasi percutian di negeri Pahang dengan lebih pantas.

Related Posts