Bila disebut Sungai Kuantan, majoriti akan mengingati sungai yang berada di Kuantan, Pahang. Namun tahukah anda ada sebuah lagi Sungai Kuantan namun ia terletak di Riau, Indonesia.
Kedua-dua sungai ini dibangun dan didirikan oleh orang Kuantan. Kuantan, Malaysia didirikan pada awal 1800, Kuantan, Riau sudah ada sejak abad ke-13. Namun yang di Malaysia kelihatan lebih maju kerana menjadi ibu negeri bagi Negeri Pahang.
Untuk makluman, Kuantan di Malaysia didirikan oleh para perantau atau pendatang dari Kuantan Riau. Syekh Husein Al-Indragiri dari Baserah seorang tokoh yang disebut-sebut sebagai orang yang mempelopori perjalanan tersebut. Nama Kuantan dan Sungai Kuantan juga sudah dilukis dalam Peta Inggris tahun 1875.

via: Kuansing Bacarito
Aktiviti luncur pantai yang menjadi salah satu tarikkan menarik pengujung luar negara ke Pantai Cherating
Baca juga: Luncur Di Pantai Cherating, Sukan ‘Rare’ Di Kuantan Yang Anda Boleh Cuba