fbpx
featured image sizing

Sumareh Digantung 2 Tahun Dari Bola Sepak Kerana Langgar Kontrak

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengambil tindakkan untuk hukuman gantung dua tahun ke atas Mohamadou Sumareh daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selepas didapati bersalah melanggar terma kontrak.

Terdapat empat pertuduhan disuarakan terhadap Sumareh seperti yang dilaporkan oleh PBNP dan skuad Liga Super Pahang kepada jawatankuasa berkenaan.

SPONSORED

Bagi pertuduhan pertama, pemain tengah itu didapati bersalah melanggar artikel 4.11 kontrak pemain dan artikel 10.05 perlembagaan PBNP 2004 iaitu membuat kenyataan akhbar tanpa mendapat kebenaran PBNP.

GAMBAR: PFA TV

Pertuduhan kedua Sumareh didapati bersalah melanggar artikel 6.6 kontrak pemain di mana merujuk perkara itu terus kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) (Disppute Resolution Chamber) tanpa terlebih dahulu kepada National Dispute Resolution Chamber Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pertuduhan ketiga dia didapati bersalah melanggar artikel 5.1 kontrak pemain di mana dia gagal menghadirkan diri ke sesi latihan bersama skuad Pahang bermula 3 Ogos hingga 28 Ogos 2020.

SPONSORED

Pertuduhan keempat dia turut didapati bersalah melanggar artikel 5.1 kontrak pemain apabila gagal menghadirkan diri pada perlawanan Liga Super antara Pahang menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kuantan pada 28 Ogos 2020.

GAMBAR: VOCKETFC

Mengikut perkara 6 perlembagaan PBNP 2014 dan juga berdasarkan kepada kod tatatertib FAM (edisi 2015), jawatankuasa itu mengenakan hukuman dua tahun penggantungan daripada mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan dengan sukan bola sepak dan hukuman keempat-empat pertuduhan terbabit dijalankan serentak.

Sebelum ini, Sumareh mencetuskan isu apabila dikatakan tidak menyertai latihan bersama skuad Pahang kira-kira sebulan berikutan masalah gaji.

via: BH

SPONSORED

Sebelum melangkah pergi dari Pahang, beberapa kenyataan dikeluarkan oleh Sumareh pada akaun Instagram beliau.

Baca juga: Kenyataan Sumareh Selepas Hilang Dari Sukad Tok Gajah

Related Posts