fbpx
- Sponsor -

Sudut Jalan Besar Kuantan, Kafe Konsep Unik Dengan Ruang Terbuka Bakal Hadir Akan Datang

Dalam artikel lepas kami ada bercerita sedikit mengenai kumpulan arkitek muda yang kreatif Studio Belatuk. Ini pula antara salah satu projek dari mereka yang bakal hadir di Kuantan tidak lama lagi.

Berlokasi di Jalan Besar, Kuantan, Sudut merupakan sebuah kafe konsep santai dan apa yang menarik mengenainya, ia bukan kafe semata. Selain kafe, Sudut menempatkan ruang studio, butik pakaian jenama lokal kuantan iaitu KOYA Clothing, pejabat serta kedai basikal.

Berkonsepkan ruangan terbuka, Sudut boleh diakses mudah oleh pejalan kaki dari depan hingga ke bahagian belakang dengan bersenang-lenang.

- Sponsor-

Apa pun ia masih dalam peringkat pembinaan. Kami akan cuba update dari masa ke semasa mengenai Sudut. Pastikan anda sertai kami di Telegram untuk dapatkan info lebih cepat.

Oh ya, selain itu ada juga lokasi baru dalam proses pembinaan berhampiran lokasi ini iaitu Muka Space. Sebuah lagi projek dari Hatta Ismail , arkitek lokal yang sama menjayakan reka bentuk Starbuck Teluk Cempedak dan pemilik kafe seni Tjantek.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!