fbpx
featured image sizing

Suasana Santai Pantai Kempadang Yang Memeriahkan Kuantan Pada Hujung Minggu

Terletak di Kempadang, Kuantan, pantai yang sebelum ini tidak begitu terkenal dikalangan warga Kuantan kini menjadi pilihan bagi masyarakat setempat untuk datang menikmati bayu laut yang tenang sambil melakukan aktiviti rekreasi bersama keluarga.

Pantai yang terletak kira-kira 15 KM dari bandar Kuantan ini sememangnya sesak terutamanya pada hujung minggu kerana dipenuhi pengunjung yang datang. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini selain mandi manda seperti menunggang kereta kuda, menaiki keretapi mini dan bermain taman tema mini.

PREMIUM

Pelbagai juadah turut dijual dan semestinya akan ada makanan berasaskan laut. Satu lagi perkara paling best dekat Pantai Kempadang, jika anda datang pada waktu yang tepat, boleh membeli sendiri hasil laut sefar daripada nelayan tempatan pada waktu pagi dan tengah hari.

GAMBAR: I ♥ PAHANG
GAMBAR: I ♥ PAHANG
GAMBAR: I ♥ PAHANG

Ia tidak begitu jauh daripada Pantai Sepat namun kerana jaraknya yang lebih dekat, ia sering dijadikan pilihan. Kami yang sempat merasai pengalaman bermalam secara berkhemah di sini sangat berpuas hati dengan segala fasiliti dan kebersihan yang sentiasa dijaga.

Terdapat 2 buah tandas yang dibina dan beberapa kedai makan selain gerai lain memudahkan pengunjung yang datang untuk menjamu selera sambil menghirup udara pantai.

SPONSORED

Pada waktu malam pula, suasana yang agak gelap, sangat sesuai yang mungkin ingin mencerap bintang di langit. Kami juga ada mencuba nasib memancing pada waktu malam kerana pada waktu itu air mula surut.

GAMBAR: I ♥ PAHANG
GAMBAR: I ♥ PAHANG

Kami juga ingin memuji pihak penduduk tempatan yang memberikan sokongan baik dalam menjaga kebersihan pantai ini dan diharapkan pengujung yang datang juga dapat menjaga kelestarian Pantai Kempadang.

Singgah ke Obedose dalam perjalanan pualng yang menyajikan pelbagai makanan barat yang menarik untuk anda menjamu selera.

Baca juga: ObeDose Burger & Western, ‘Patty Homemade’ Dengan Rasa Yang Padu Di Kuantan

Related Posts