Tanah Tinggi Cameron dibuka oleh William Cameron pada tahun 1885 dengan impian untuk menjadikan kawasan ini sebagai sanatorium, resort kesihatan dan tanah pertanian terbuka. Namun ia kekal menjadi hutan dara kerana kerajaan british pada waktu tersebut tidak mempunyai dana kewangan yang sangat banyak.
40 tahun kemudian, Ketua Setiausaha Negeri Melayu Bersekutu, George Maxwell bersetuju untuk membangunkan Tanah Tinggi Cameron mengikut cadangan asal. Ini kerana, wujud kecenderungan pegawai British yang mahukan tempat rehat yang eksklusif.
Jika dibandingkan, Tanah Tinggi Cameron mempunyai konsep yang sama seperti Nuwara Eliya di Sri Lanka yang mempunyai rumah desa British dan ladang teh.

Pembinaan stesen jana elektrik hidro pertama di Cameron ini adalah hasil inspirasi William yang mengatakan keadaan muka bumi Cameron seperti yang dikatakan Shakespeare ‘wujud seakan-akan pusaran di pergunungan dan terdapat kawasan luas cerun kecil dan dataran tinggi.
A sort of vortex on the mountains – Shakespeare
Projek ini melibatkan tenaga kerja yang ramai dan melibatkan pakar jurutera dan juruteknik daripada Austria, Jerman, Itali, Switzerland dan Britain. Projek ini telah bermula pada tahun 1959 dan dirasmikan oleh YDPA pada Ketika itu, Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah pada 26 Jun 1963.

Namun pembinaan tergendala kerana pengistiharan Zaman Darurat semasa keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa tersebut. Semasa pembinaan juga, petani berketurunan Cina yang tinggal dikawasan sekitar telah dipindahkan ke Kampung Baru di Bertam.
Manakala, penduduk yang tinggal di kawasan rendah yang berisiko ditenggalamkan semasa pengoperasian empangan turut dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Stesen ini berkeupayaan menyediakan sebanyak 326 juta unit kuasa elektrik setahun bagi menampung keperluan tenaga elektrik negara. Sistem janakuasa elektrik ini merupakan Pusat Janakuasa Utama bagi Tenaga Nasional Berhad yang dulu dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara.
Terdapat 4 buah stesen kecil, iaiitu Stesen Janaelektrik Habu (Batu 32), Robinson Falls (Batu 32), Kuala Terla (Batu 52) dan Kg. Raja (Batu 53) yang melengkapi Stesen Janaelektrik Utama (Stesen Janaelektrik Sultan Yussuf) di Batu 19.
Pusat Kawalan Stesen Janaelektrik Sultan Yussuf (Jor), Tapah pula merupakan stesen yang berada 262,128-meter (860 kaki) dibawah tanah. Stesen ini tidak dibuka kepada orang ramai kerana ia merupakan kawasan keselamatan strategik.

Sejak tahun 1964, hanya 20% sahaja teknologi yang diguna pakai dalam stesen ini ditukar terutamanya yang melibatkan sistem kawalan untuk disesuaikan dengan teknologi semasa.
Keupayaan penjanaan tenaga elektrik di sini akan bertambah dengan adanya Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai.

Kejayaan projek ini telah membuka lembaran baru dalam bidang penjanaan tenaga elektrik negara. Cameron highland bukan sekadar menjadi tempat percutian tanah tinggi, tetapi menjadi sejarah kepada teknologi kejuruteraan sivil di Malaysia.