fbpx
silalima

SilaLima Guesthouse, Penginapan Yang Cantik Dan Privasi Di Tengah Bandar Kuantan

Adakah anda sedang mencari penginapan yang cool, cantik, selesa dalam masa yang sama memberikan sedikit privasi di tengah-tengah bandar Kuantan? Jika iya, teruskan membaca. Kami ada perkara menarik yang nak dikongsikan.

Jika di atas adalah ciri-ciri penginapan yang anda mahukan di Kuantan, SilaLima Guesthouse ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda.

PREMIUM

Beralamat di No 5, Jalan Alor Akar, 25050 Kuantan, ia merupakan lokasi yang sangat strategik. Berada di kawasan tengah bandar serta berhampiran dengan tempat-tempat menarik yang popular di Kuantan. Jika dari sini, hanya mengambil masa 5 minit perjalanan untuk ke Teluk Cempedak, Pusat Rekreasi Bukit Pelindung dan juga bandar Kuantan.

Apa yang membuatkan kami senaraikan SilaLima Guesthouse di antara penginapan yang terbaik di Kuantan adalah kerana konsep dan suasannya. SilaLima Guesthouse tidak hanya memiliki interior yang cantik, malah di sini juga tidaklah segamat penginapan yang lain. Suasananya amat tenang biarpun terletak di kawasan tengah bandar.

Biarpun sebenarnya ia hanyalah sebuah Guest House, tak salah jika kami labelkan SilaLima setaraf bersama hotel-hotel mewah yang lain. Kawasan yang cantik, bersih, penuh kehijauan ini pastinya memberikan anda pengalaman tidur yang damai dan relax.

SPONSORED

Penginapan yang awesome di Kuantan ini boleh ditempah pada harga sekitar RM150 semalam atau kurang daripada itu melalui laman web perbandingan popular seperti Booking, Agoda, atau Trivago.

Untuk SilaLima GuesthouseKUANTANLOKA beri rating 9.5/10 .

SilaLima Guesthouse
Lokasi: No 5, Jalan Alor Akar, 25050 Kuantan
Hubungi: 09-560 0077

Related Posts