Impiana Hotels Berhad akan memulakan pembangunan Impiana Resort dan juga Residence Cherating dengan peruntukkan jumlah nilai kasar sebanyak kira-kira RM380 juta.
Dalam satu kenyataan media, syarikat Impiana Hotels berkata bahawa jumlah kasar itu adalah lebih dua kali ganda permodalan bagi pasaran Impiana itu sendiri iaitu sebanyak RM118 juta.
Impiana Resort dan juga Residence Cherating ini bakal dibina berdekatan persisiran pantai. Pembangunan ini bakal dibuat dalam tiga peringkat dan dijangka siap menjelang tahun 2023.



Bagi pembinaan ini, seluas 30 ekar tanah telah diperuntukkan dan pasti ia akan menjadi sebuah tempat peranginan yang gempak kerana dengan keluasan sebegitu, ia mampu mewujudkan pelbagai perkara.
Apa pendapat anda? Seperti yang kita tahu, syarikat Impiana ini merupakan sebuah syarikat yang dikenali ramai. Setiap reka bentuk yang ditawarkan mampu membuat anda terpana dan terpukau!