fbpx

Seribu Calon SPM Di Daerah Bera Peroleh Peluang Kedua Untuk Melanjutkan Pelajaran

- Sponsor -

Seribu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Bera bagi sesi 2016-2021 adalah antara 50,000 bekas pelajar yang bakal diberi peluang kedua untuk melanjutkan ke institusi pendidikan tinggi (IPT). 

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka boleh memperolehi peluang itu melalui program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN).

Para pelajar ini digalakkan hadir untuk memohon terus kepada IPT yang terbabit dalam program siri jelajah yang akan berlangsung selama dua bulan di 50 lokaliti seluruh negara.

Sumber: FikrahPahang.com.my
Sumber: Utusan.com.my
Sumber: HMetro.com.my
- Sponsor-

Peluang sebegini harus dimanfaatkan oleh mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan khususnya penduduk pedalaman dan luar bandar.

Tambah beliau, bekas pelajar yang ketinggalan akibat status keluarga dan pendapatan berpeluang ke menara gading melalui program jelajah ini.

- Sponsor -
- Sponsor -