fbpx
edit1

Seni Tersembunyi Dr. Noor Hisham Di Kuantan Dari Kamal Patio

Baru-baru ini kecoh di laman media berkaitan mural Yang di-Pertuan Agong dan beberapa pemimpin negara yang diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab dengan perkataan yang tidak elok. Di Kuantan, lakaran lukisan yang sama dilukis dengan seni graffiti oleh saudara Kamal Patio yang pernah kami kongsikan sebelum ini kisahnya.

Beliau menghubungi kami dengan menghantar pesanan gambar “hidden gem Kuantan” yang memaparkan gambar hero negara, Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan yang sekarang ini banyak berjuang dalam menentang penularan Covid-19.

PREMIUM

Tapi sayangnya, seni yang sebelum ini tular hasil karya Muhammad Suhaimi telah dipadam pihak berkuasa tempatan untuk mengelakkan hal yang tidak diingini. Kamal Patio yang juga merupakan kenalan pelukis berkenaan berharap agar lukisannya ini tidak diganggu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau yang kini giat dalam seni lukisan mural dan graffiti mula mencari mereka-mereka yang berminat untuk menyertainya dan dimaklumkan mereka kini dalam proses untuk menjayakan satu projek street art di satu kawasan yang memang padu untuk pengunjung menikmati hasil seni mereka.

Hasil karya ini terletak di belakang Greenlast Hotel, Kuantan dan dibawah milik sepenuhnya pihak hotel. Mana-mana individu yang didapati merosakkan lukisan boleh diambil tindakan. Kekalkan seni untuk dijadikan memori.

SPONSORED

Kamal Patio merupakan seorang artis kelahiran Kuantan,Pahang yang kini menceburi bidang seni lukis mural dan graffiti. Baca kisah lebih lanjut berkenaan beliau yang pasti memukau anda dengan seni artistik.

Baca juga: Artis Graffiti Dari Kuantan ‘Kamal Patio’ Bawa Bakat Serata Malaysia

Related Posts