fbpx
featured image sizing

Seni Bina Taj Mahal Di Muzium Masjid Sultan Abdullah, Pekan

Taj Mahal Malaysia. Itulah gelaran yang diberikan kepada Muzium Masjid Sultan Abdullah ni. Muzium yang asalnya sebuah mesjid ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2015 dan bekonsepkan muzium dalam taman.

Masjid tersebut berfungsi sebagai masjid utama 1932 sehingga 1976 dan tinggalkan kosong setelah siapnya Masjid baharu, Masjid Sultan Ahmad Shah bersebelahan Makam Diraja Pekan.

PREMIUM

Kalau dilihat akan seni bina muzium ini, ia memang seakan-akan Taj Mahal, India cuma yang lagi special muzium ini terletak di Bandar Diraja, Pekan yang sememangnya menyimpan banyak sejarah.

GAMBAR: INSPIROCK

Walaupun ia merupakan sebuah masjid untuk umat Islam, tetapi kunjungan daripada orang bukan Islam sangat dialukan untuk mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah diraja dan bangunan ini

Berkonsepkan muzium dalam taman, ia mengandungi pelbagai komponen seperti ruang pameran, ruang solat, ruang diskusi dan ilmiah.

SPONSORED

Pada bahagian Koleksi Diraja, terdapat manuskrip al-Quran pada zaman Khalifah Saidina Uthman Affan. Terdapat manuskrip Hukum Kanun Pahang yang juga adalah satu-satunya undang-undang Islam yang pernah dilaksanakan di negeri itu ketika Sultan Abdul Ghaffur memerintah.

GAMBAR: INSPIROCK
GAMBAR: INSPIROCK

Terletak bersebelahan dengan Muzium Masjid Sultan Abdullah, muzium ini bermula sebagai satu struktur binaan banglo kayu bersaiz sederhana pada 1888, ia ditambah baik dengan binaan bata menjadi tempat tinggal rasmi Residen British sekitar 1929.

Bangunan ini pernah dijadikan markas pentadbiran tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua (1942-1945).

via: MyMetro

Related Posts