fbpx
featured image sizing

Semua Pawagam Di Malaysia Akan Tutup Operasi Bermula 2 November

Sebelum ini dikhabarkan MBO Cinemas mula menutup operasi mereka di seluruh negara dan hanya di beberapa kawasan sahaja yang dibuka.

Hari ini sebuah lagi berita mengejutkan dimana pawagam lain seperti GSC, TGV dan MBO juga akan ditutup sementara bermula dari 2 November sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

SPONSORED

Keputusan ini diambil untuk mengelakkan pawagam seluruh negara menanggung rugi yang besar berikutan kos operasi yang tinggi dan memastikan mampu diteruskan pada masa hadapan.

GAMBAR: GSC CINEMAS
GAMBAR: TGV CINEMAS
GAMBAR: MBO CINEMAS

The Malaysian Association of Film Exhibitors (MAFE) berkata penutupan tersebut juga disebabkan oleh kekurangan tayangan filem baru kerana ditangguhkan tarikh tayangan.

Walaupun ini satu keputusan yang sukar tetapi ini adalah keputusan yang harus diambil ketika ini. MBO Cinemas dalam masa yang sama sedang membuat jualan kepada barangan merchandise mereka.

SPONSORED

via: Vocket

Sebelum ini dimaklumkan bahawa MBO Cinemas menutup operasi mereka di beberapa kawasan yang terjejas akibat Covid-19

Baca juga: MBO Cinemas Bakal Tutup Operasi Akibat Kerugian Kesan Covid-19?

Related Posts