Laluan rentas negeri ke Pahang melalui jalan lama ditutup. Laluan rentas negeri dari Kuala Lumpur melalui Jalan Lama Kuala Lumpur -Bentong tidak boleh lagi dilalui selepas ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan malam tadi.
Jalan berkenaan ditutup sepenuhnya menggunakan penghadang simen atau ‘concrete barrier’ di kedua-dua arah berhampiran Simpang Kuari menghala ke Genting Sempah.
Susulan itu, orang ramai yang ingin merentas negeri terutamanya ke Pahang perlu menggunakan laluan utama iaitu melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

via: Pahang Story
Ekoran wabak COVID-19, kedai-kedai di pusat beli-belah sekitar Kuantan tutup operasi premis sepenuhnya.
SPONSORED
Baca juga: Beberapa Jenama Terkenal Di Kuantan City Mall Sudah Tutup Kedai