fbpx

Selain Kekayaan Bijih Timah, Ini Yang Menarik Tentang Sungai Lembing Suatu Ketika Dahulu


Seperti yang kita ketahui, Sungai Lembing juga dikenali sebagai El Dorado oleh kerana ia kaya dengan bijih timah sehingga dapat membina sebuah panggung wayang dan juga hospital pertama di Pahang.

Namun, adakah anda tahu akan kewujudan terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’? Terowong ini dikorek secara manual, dan juga menggunakan bahan letupan bagi melakukan aktiviti-akttiviti perlombongan.


Proses bagi aktiviti perlombongan pada suatu ketika dahulu amatlah rumit kerana kajian perlu dilakukan terlebih dahulu oleh ahli kajibumi bagi memastikan aktiviti perlombongan berjalan dengan lancar dari semua aspek termasuklah keselamatan.

sumber gambar: Harian Metro

Sungai Lembing mempunyai terowong bawah tanah yang terdalam, iaitu Terowong Mayah. Ia mempunyai kedalaman sebanyak 700 meter ke bawah dasar perut bumi manakala Terowong Taibeto yang mencecah 500 meter.

Manakala, jarak di antara setiap tingkat terowong tersebut pula adalah 30 meter dan panjang keseluruhan mencecah hampir 322 meter.

sumber gambar: Harian Metro
sumber gambar: Harian Metro

Sayang sekali kerana terowong bawah tanah di Sungai Lembing ini tidak selamat untuk dijadikan salah satu tempat bersejarah oleh kerana keadaannya yang sudah lama ditinggalkan dan juga sudah ditenggelami air. Kejadian tanah runtuh juga dikatakan sering berlaku di situ.

sumber gambar: Harian Metro

Pastinya jika terowong bawah tanah ini dapat diterokai, kita bakal melalui pengembaraan yang ekstrem oleh kerana strukturnya yang menarik itu dan mungkin juga ada halangan yang perlu kita tempuhi.

Sumberwikipedia

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin