fbpx

Selain Haiwan, Anda Juga Boleh Lihat Dinasor Di Mini Zoo Teruntum Tahun Depan


Majlis Bandaraya Kuantan nampaknya berusaha keras untuk menaikkan semula Mini Zoo Terumtum sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Kuantan.

Pada tahun lepas, Mini Zoo Teruntum memperkenalkan projek ‘Tandas Pintar’ dengan teknologi terkini yang mampu menjimatkan tenaga elektrik dijangka akan siap sepatutnya pada tahun ini.

Kali ini, Mini Zoo Teruntum khabarkan akan menambah beberapa tarikan terbaharu iaitu Zoo Mini Hybrid yang pertama di dunia. Ia bakal diperkenalkan selepas projek naik taraf siap menjelang tahun hadapan.


Zoo Mini dengan konsep baharu ini menggabungkan elemen haiwan hidup dan haiwan animatronik pra sejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi Teknologi Industri 4.0.

Menurut sumber laporan, projek ini adalah kerjasama bersama sebuah syarikat swasta, Wegrow Global Sdn Bhd dengan pelaburan mencecah RM12 juta. Ia dijangka siap dan dibuka kepada pengunjung menjelang Januari tahun hadapan.

Wah, nampaknya Mini Zoo Teruntum Kuantan akan diberikan nafas baru yang lebih meriah untuk pengunjung.

SumberSHO

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin