fbpx
- Sponsor -

Sekolah Inggeris Yang Tertua Dibina Di Negeri Pahang

Di Kuala Lipis, terdapat sebuah sekolah yang telah dibangunkan pada tahun 1913, merupakan sekolah inggeris tertua di Pahang.

Sekolah Kebangsaan Clifford pada awalnya hanya berstrukturkan rumah kayu beratapkan daun nipah dan ia mampu memuatkan seramai 12 orang murid sahaja pada awal penubuhannya.

Tuan V.N Barlet, berasal dari Sri Lanka merupakan guru, juga merangkap guru besar pertama di sekolah ini.

sumber gambar: anonymous77
- Sponsor-

Setahun selepas pembinaan, sekolah ini dibangunkan semula di belakang balai polis daerah dan ia masih mengekalkan struktur sama cuma diperbasarkan dan mampu memuatkan seramai 100 orang murid.

Pada tahun 1926, pembinaan asrama juga merupakan bilik darjah dilakukan berikutan kejadian banjir besar yang melanda negeri Pahang pada masa itu membuatkan sekolah sebelumnya musnah.

sumber gambar: izzatiyeng98

Malay Hostel dan Blok E dikatakan bangunan tertua yang masih wujud dan telah diwartakan kepada muzium negara sebagai bangunan bersejarah.

Sekolah Clifford menawarkan empat peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan juga STPM.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!